Showing posts with label Penjagaan dan Asuhan dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Show all posts
Showing posts with label Penjagaan dan Asuhan dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Show all posts

Friday, December 7, 2018

Urutan Bayi


Untuk bayi, sentuhan melambangkan banyak perkara. Sentuhan mempunyai kuasa tertentu yang menyebabkan bayi memanaatkannya untuk berkomunikai dan berinteraksi dengan dunia.urut membantu para ibu bapa mempunyai interaksi positif yang kuat dengan kegembiraan dan memupuk ikatan ibu bapa dan anak.

Apa itu urutan bayi?
Urutan bayi adalah pergerakan ibu bapa yang perlahan-lahan mengusap badan bayi dengan menggunakan minyak urut atau losyen yang dibuat khusus untuk bayi. Urut terbukti dapat menenangkan bayi dan juga menyediakan peluang kepada ibu bapa untuk mengikat hubungan yang erat dengan si manja mereka.

Masa yang sesuai untuk memulakan urutan bayi
Masa yang sesuai untuk memulakan urutan pada bayi adalah sekitar umur bayi satu bulan kerana ia mempunyai pelbagai kebaikan iaitu tali pusat telah jatuh dan pusat telah kering, dan ketika ini kulit bayi kurang sensitif berbanding ketika selepas mereka lahir dan keadaan kulit mereka lebih baik dan bayi pada usia ini boleh menjadi lebih responsif kepada sentuhan.

Faedah urutan bayi

Urutan memberikan beberapa manaat semulajadi untuk bayi seperti:
  •          Meningkatkan perkembanagan psikologi dan sosial dimana rangsangan deria sentuhan bayi  mempunyai kesan positif ke atas perkembangan psikologi dan dapat mengukuhkan ikatan bayi dengan ibu bapa.
  •          Melegakan tekanan, melegakan otot. Urutan dapat melegakan tekanan pada bayi dengan merangsang pembebasan oxytocin, neurohormone dan mengurangkan tahap kortisol, dan tekanan hormon. Ia melegakan otot, merangsang pertumbuhan bayi, bahkan sangat berkesan pada bayi yang mempunyai masalah perut memulas.
  •          Merangsang sistem saraf. Urutan memberi manfaat kepada sistem saraf bayi sejak ia dapat memperbaiki perkembangan kemahiran motor bayi.
  •          Membantu bayi tidur lebih baik. Bayi tidur lebih baik apabila mereka diurut. Ini kerana terdapat manfaat dari peningkatan otot untuk tindak balas imun bertambah baik. Bayi yang diurut sebelum tidur menghasilkan lebih melatonin – mengawal hormon tidur.
  •          Boleh meningkatkan kualiti hidup untuk bayi berbeza-upaya. Ia adalah cara terbaik untuk menenangkan bayi yang menghidapi sindrom down atau cerebral palsy kerana ia menyediakan cara yang meyakinkan untuk menenangkan mereka dengan berkesan. Bayi pra-matang menunjukkan perkembangan motor lebih baik apabila diurut dengan kerap. Mereka juga mempunyai berat badan lebih cepat daripada bayi pra-matang yang tidak diurut. Secara umumnya bayi pra-matang yang diurut, menunjukkan peratusan kecil untuk dimasukkan ke hospital. Bayi yang dilahirkan oleh ibu tertekan, apabila diurut, menangis dan kurang menunjukkan perkembangan emosi dan sosial yang lebih besar .
  •         Bagus untuk sistem peredaran darah dan kelebihan lain. Urutan dapat memperbaiki peredaran darah dan mengurangkan tahap ketidakselesaan yang disebabkan oleh gas atau keasidan, kesesakan, dan pertumbuhan gigi . Urut merangsang saraf yang melalui saluran penghadaman maka dengan itu ia dapat memberi manfaat kepada sistem penghadaman.
  •          Cara menangani kemurungan selepas bersalin: Urutan adalah satu cara yang berkesan untuk menangani kemurungan selepas bersalin di kalangan ibu-ibu. Ibu  tertekan menunjukkan mood dan tingkah laku yang lebih baik apabila mereka mengurut bayi mereka secara teratur. Penyelidikan menunjukkan bahawa bapa, yang kerap mengurut bayi mereka meningkatkan lebih baik pertahanan diri. Ia juga menunjukkan peningkatan penglibatan meraka dalam penjagaan bayi dan berinteraksi dengan bayi dengan lebih kerap.


Masa yang sesuai untuk mengurut bayi
Masa yang paling sesuai untuk mengurut bayi adalah apabila bayi sedang berjaga, mendapat rehat yang cukup, dan seolah-olah berminat dalam alam sekitar. Pilih masa yang betul antara dua sesi memberi makan apabila dia kurang cenderung untuk berasa kenyang atau lapar. Perlu ada jurang sekurang-kurangnya 45 minit dari sesi makan . Juga, tunggu selama 15 minit selepas urut sebelum makan sekali lagi untuk memberi badan bayi sedikit masa tambahan untuk berehat sepenuhnya.
Selain itu, masa terbaik untuk mengurut adalah selepas mandi dan apabila  ketika mereka diatas katil pada waktu malam dan ketika bayi anda ingin tidur . Urutan bayi sebelum mandi adalah norma yang sesuai kerana ibu bapa boleh mencuci minyak ketika mandi mencegah pengumpulan sebarang sisa minyak atau losyen pada kulit sensitif bayi. Ibu bapa boleh memilih untuk mengurut bayi selepas mandi sekiranya dia mempunyai kulit yang sangat kering atau jika ibu bapa telah mendapat kebenaran dari pakar  untuk berbuat sedemikian.






Friday, November 23, 2018

Cara penyimpanan EBM


Cara simpan susu ibu

  • Perah 2 minggu selepas bersalin 
  • Perah pada bila-bila masa sekiranya masih terasa penuh 
  •  Jika bayi menyusu di sebelah payudara sahaja, perah susu pada sebelah payudara lagi 
  •  Pilih bekas yang sesuai 
    • Bekas plastik 
    • Botol Kaca 
    • Botol tanpa puting (bebas BPA) 

  • Bekas yang bersih dan tertutup 
  •  Kuantiti susu yang mencukupi untuk sekali penyusuan (2oz- 5oz) 
  •  Labelkan tarikh dan masa perahan pada bekas susu perahan 
  • Pastikan susu yang disimpan di dalam bekas hanya ¾ penuh supaya susu tidak melimpah keluar ketika proses pembekuan 
  • Amalkan first in first out (FIFO) 
    • penting untuk mengelakkan susu yang disimpan melangkaui jangka hayat yang dibenarkan. Gunakan susu yang dipam lebih awal terlebih dahulu 
  •  Simpan di dalam peti sejuk 
    • sentiasa simpan susu di bahagian paling sejuk di dalam peti sejuk @ di bahagian sejuk beku. 



Cara membawa stok susu dalam perjalanan jauh
  •  Masukkan ais + garam ke dalam ice box 
  •  Masukkan susu frozen 
  •  Taburkan sekelilingnya dengan ais + garam 
  •  Tutupkan dengan tuala yang lembab 
  • Tutup bekas ice box.




Jadual Tempoh Simpanan Susu










  
CARA MENCAIRKAN EBM
 Haba dan kepanasan melampau boleh memusnahkan enzim, antibodi dan komponen-komponen nutrien penting dalam susu ibu. Oleh itu, perahan susu ibu yang disejukkan @ dibekukan perlu dicairkan dengan kaedah yang betul untuk mengurangkan kehilangan nutrien daripadanya.

·         Susu dari bahagian sejuk
  Lalukan botol susu di bawah aliran air untuk beberapa ketika
  Rendam botol susu di dalam mangkuk berisi air suam selama 5 minit. Jika air menjadi sejuk dan susu belum mencapai suhu yang diingini, tukarkan air rendaman dan rendam lagi untuk beberapa ketika
  Jika dapati susu didalam botol terpisah kepada 2 bahagian, goyangkan botol untuk beberapa ketika bagi mencampurkan bahagian-bahagian yang terpisah dan menyamaratakan suhunya
  Rasai suhunya sekali lagi sebelum menyusu bayi anda

·         Susu dari bahagian sejuk beku

  Turunkan beberapa botol susu daripada bahagian sejuk beku ke rak atas bahagian sejuk pada sebelah malam supaya pencairan boleh berlaku secara perlahan.
  Apabila bersedia untuk beri kepada bayi, keluarkan satu botol daripada peti sejuk dan cairkan serta panaskan susu



Kesalahan Dalam Pengendalian Susu Ibu

1-Perubahan suhu yang mendadak
            - selepas pam susu, terus bekukan
            - bawa turun susu yang beku dari     frozen dan      terus panaskan
            - panaskan susu dengan air mendidih

  Kesan/ risiko
Jika dipanaskan dengan air mendidih @ jika berlaku perubahan suhu yang mendadak  khasiat susu ibu akan hilang dan musnah

  Sepatutnya
      selepas pam susu, biarkan susu pada suhu bilik, kemudian sejukkam dahulu di bahagian chiller dan baru bekukan.
      untuk panaskan, bawa turun dulu susu beku dan biarkan ia mencair di peti ais bawah @ bawah aliran air paip biasa. Setelah sepenuhnya mencair, baru panaskan dengan air suam.

2- Goncang susu ibu
·        Kesalahan
Setelah panaskan susu, anda goncang susu tersebut

·        Kesan/risiko
susu ibu akan rosak.bila susu ibu digoncang, ia akan memusnahkan molekul susu ibu dan “patahkan” molekul protien dalam susu ibu protien dalam susu ibu penting untuk “memelihara” kesihatan usus dan perut bayi

·        Sepatutnya
Hanya  goyang botol susu secara perlahan sehingga susu ibu sebati (bercampur)

3-Guna susu yang telah rosak
·        Kesalahan
Bayi diberi susu yang lebih 1 jam setelah dipanaskan, dan simpan baki susu yang tidak habis

·        Kesan/risiko
Bayi berisiko sakit dan kembung perut akibat minum susu ibu yang telah rosak. Susu ibu mengandungi sel hidup dan cepat rosak kerana ia sangat sensitif dengan pembiakan bakteria di dalam udara sekeliling

·        Sepatutnya
      susu yang sudah sampai tarikh “expired”
      susu yang sudah dipanaskan lebih dari 1 jam
      susu yang lebih 4 jam pada suhu bilik
Perlu dibuang dan tidak perlu disimpan

4- Mencampur susu ibu
·        Kesalahan
ร˜ Pam susu pada waktu pagi, kemudian simpan di peti ais.
ร˜ Ketika tengah hari, pam susu dan kemudian mencampurkan susu yang baru di pam kedalam bekas yang pam pagi tadi
§  Risiko
ร˜ Susu mudah rosak dan khasiat hilang kerana perubahan suhu yang mendadak. Kandungan susu ibu juga berbeza setiap masa dan setiap hari

  Sepatutnya
ร˜ Susu yang dipam pada hari yang sama, tetapi masa yang berbeza boleh dicampur.
ร˜ Syaratnya SUHU PERLULAH SAMA
ร˜ Jika menggunakan single pam, sejukkan dulu susu dalam botol pam sesi 1. Bila pam sesi 2 , sejukkan pula botol ke 2.
ร˜ Setelah kedua-dua susu sejuk (sama suhu iaitu sejuk peti ais), boleh dicampurkan

5- Kedudukan susu ibu dalam peti ais
  Kesalahan
      Susu ibu disimpan di bahagian rak tepi pintu dalam peti ais. Malah, diletakkan bersebelahan dengan bahan basah seperti ayam, ikan, udang atau lauk pauk yang tidak tertutup
  Risiko
      Pintu peti ais kerap dibuka, dan suhu peti ais adalah tidak stabil.  Jadi, susu ibu cepat rosak kerana tidak tahan lama.
      Bau bahan basah seperti ayam, ikan, udang dan lauk- pauk akan meresap molekulnya kedalam susu ibu, akibatnya susu menjadi tidak sedap dan berbau yang tidak enak seperti hanyir dan busuk
      Masalah bayi tidak mahu minum susu yang di simpan.
  Sepatutnya
      Susu ibu perlu disimpan di bahagian dalam peti ais. Sebolehnya, khaskan 1 rak hanya untuk letakkan susu ibu.
      Bahan basah (ayam,ikan, udang) di bahagian frozen, perlu disimpan dalam bekas tertutup yang kedap bau supaya bau bahan mentah tidak menyerap ke dalam susu.
      Lauk-pauk yang berbau perlu ditutup samaada dengan plastik makanam @ disimpan dalam bekas tertutup.

Monday, November 12, 2018

Penyusuan susu ibu

Amalan penyusuan:
Semua ibu digalakkan menyusu anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir hingga berumur enam bulan dan meneruskannya sehingga meneruskannya sehingga mencapai umur dua tahun. Makanan pelengkap perlu diberikan mulai umur enam bulan.

Faedah penyusuan susu ibu kepada bayi.
       Faedah kepada bayi:
  • membekalkan pemakanan yang ideal untuk bayi anda
  • melindungi bayi anda daripada infeksi  
  • mengurangkan risiko alahan kepada bayi
  • membantu dalam peredaran darah
  • mengurangkan obesiti di lewat usia
  • Membekalkan semua zat dan air yang diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi pada enam bulan pertama
  • Mengurangkan kematian bayi melalui pengurangan insiden cirit-birit dan penyakit berjangkit
  • Membantu pembentukan dan pertumbuhan rahang, gigi dan pertuturan yang lebih baik.

        Faedah kepada ibu:

  • boleh mengurangkan risiko 
    • kanser payudara
    • kanser ovari
    • patah tulang di usia emas
    • pengekalan lemak semasa hamil
  • anemia akibat pengecutan uterus yang lemah
  • jarak kehamilan yang singkat
  • membina hubungan yang rapat dengan bayi.
Kepentingan memulakan penyusuan awal
  • memastikan kejayaan penyusuan susu ibu secara eksklusif
  • untuk memastikan bayi mendapat cukup kolostrum.
* tiga jnis susu dalam susu ibu*
  • kolostrum
  • foremilk
  • hindmilk
KOLOSTRUM
  • susu yang dihasilkan semasa usia kandungan 7 bulan hingga beberapa hari selepas bersalin
  • ianya berkeadaan pekat, melekit dan berwarna kekuningan
  • dihasilkan dalam kuantiti yang sedikit (3 oz. dalam masa 24 jam) sesuai dengan perut bayi
  • mengandungi nutrien (protien dan vitamin A) yang sempurna untuk bayi
  • melindungi usus bayi daripada infeksi
  • bertindak sebagai imunisasi pertama menentang bakteria
  • membantu dalam pembentukan bakteria baik dalam usus bayi
  • membantu bayi mengeluarkan meconium untuk mencegah jaundis

FOREMILK
  • Susu ini adalah susu yang berada di hadapan payudara atau lebih dikenali susu awal. 
  • Susu ini dihasilkan diawal penyusuan, jadi biasanya bayi akan menerima susu foremilk dahulu. 
  • Keadaan susu ini adalah cair dan mengandungi banyak air. 
  • Fungsinya adalah menghilangkan dahaga si bayi anda.
HINDMILK
  • Susu jenis ini adalah susu yang berada dibelakang payudara atau lebih dikenali susu akhir. 
  • Kebiasaanya susu ini berlaku diakhir penyusuan dimana selepas bayi telah menghabiskan foremilk. 
  • Warnanya lebih pekat dari foremilk dan agak kekuningan. 
  • Khasiat susu ini adalah memberi tenaga dan tumbesaran kerana ia mengandungi kalori lemak yang tinggi.


Sunday, November 4, 2018

Makanan Seimbang



Keperluan nutrisi kepada bayi dan kanak-kanak

  • Amalkan penyusuan susu ibu secara eksklusif dari lahir hingga anak berusia enam bulan. Makanan pelengkap perlu diberi mulai enam bulan (180 hari) – teruskan penyusuan susu ibu sehingga 2 tahun. 
  • Tingkatkan amaun dan kekerapan pemberian makanan mengikut umur 
  • Pelbagaikan jenis makanan bagi penuhi keperluan nutrien 
  • Ubah tekstur dan cara penyediaan makanan mengikut perkembangan 
  • Pemberian makanan secara responsif dengan prinsip penjagaan psikososial 
  •  Penyediaan, pengendalian dan penyimpanan makanan secara selamat 
  • Semasa sakit, berikan bayi dan kanak-kanak lebih air dan cecair lain. Beri hidangan yang kecil tetapi kerap

Pemilihan Snek – bayi, toddler dan kanak-kanak prasekolah

*Potongan buahan, buahan kering, sandwish, yogurt, biskut*
  • Seimbangkan makanan 
  • Hindari jajan atau makanan ringan 
  • Banyakkan minum air masak 
  • Wajibkan sarapan pagi 
  • Tingkatkan aktiviti fizikal 
  •  Bijak dalam membeli makanan

Makanan Seimbang

  • Pemakanan seimbang amat penting bagi tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak. Semasa umur kanak-kanak meningkat, mereka perlu diberikan makanan yang seimbang 
  • Beberapa aspek penting perlu diberi perhatian oleh pendidik mengenai pemakanan kanak-kanak, ialah:
    • Kepelbagaian jenis makanan untuk kanak-kanak 
    • Cara dan teknik penyediaan-sebelum, semasa dan selepas memasak; 
    • Amaun makanan 
    • Persekitaran makan-ruang, peralatan, perabot, jadual, dan menu harian 
    • Cara memberi makanan kepada kanak-kanak 
    • Interaksi positif dengan kanak-kanak semasa makan 
    • Adab sebelum, semasa dan selepas makan
Amaun makanan mengikut Garis Panduan Pemberian Makanan Bayi dan Kanak-Kanak Kecil,
Kementerian Kesihatan Malaysia, 2008

Contoh diet bagi makanan pelengkap dan anggaran kuantiti bagi makanan tempatan untuk bayi
dan kanak-kanak kecil





 Jenis Makanan Yang Diperlukan Oleh Kanak-Kanak


























Kesan Gizi Yang Tidak Seimbang


Panduan memilih bahan-bahan mentah segar dan bersih







Monday, October 22, 2018

Penjagaan dan Asuhan dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Definisi

PENJAGAAN: adalah hasil perbuatan yang berkait dengan peranan “menjaga”yang dilakukan oleh penjaga.

ASUHAN : Mendidik, peliharaan, penjagaan, tunjuk ajar dan bimbingan
Perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak yang berkualiti bermula dari pemakanan yang sihat dan seimbang. Kaum ibu perlu mempunyai pengetahuan yang luas tentang penyedian pemakanan yang lengkap dan berkhasiat untuk anak-anak. pemakanan yang sihat adalah pemakanan yang mempunyai nutrisi yang lengkap dan seimbang.
Pemakanan ialah:

Sains menilai makanan termasuk berbagai-bagai kumpulan makanan, makanan berzat dan perseimbangan makanan.
Pengkajian untuk semua proses pertumbuhan, pengekalan dan membaiki kehidupan badan yang bergantung kepada penghadaman makanan dan pengkajian tentang makanan tersebut.


Piramid makanan
Pemakanan seimbang:


TASKA perlu menyediakan permakanan yang seimbanag, mengikut Garis Panduan Pemberian Makanan Bayi dan Kanak-kanak
  • penyediaan makanan seimbang
  • penyusuan susu ibu


Prinsip pemberian makanan
  • Amalkan penyusuan susu ibu secara eksklusif dari lahir hingga anak berusia enam bulan. Makanan pelengkap perlu diberi mulai enam bulan (180 hari) – teruskan penyusuan susu ibu sehingga 2 tahun
  • Tingkatkan amaun dan kekerapan pemberian makanan mengikut umur
  • Pelbagaikan jenis makanan bagi penuhi keperluan nutrien 
  • Ubah tekstur dan cara penyediaan makanan mengikut perkembangan 
  • Pemberian makanan secara responsif dengan prinsip penjagaan psikososial
  • Penyediaan, pengendalian dan penyimpanan makanan secara selamat 
  • Semasa sakit, berikan bayi dan kanak-kanak lebih air dan cecair lain. Beri hidangan yang kecil tetapi kerap