Showing posts with label Persekitaran Pembelajaran Yang Responsif. Show all posts
Showing posts with label Persekitaran Pembelajaran Yang Responsif. Show all posts

Thursday, December 6, 2018

Aktiviti Bergotong-Royong Bersama Komuniti

 Program Komuniti Bersama Tabika Kemas AMBS

"We Care, We Love, We Constribute"
Tarikh:12 april 2018
Masa: 8.00 pagi- 1.00 petang
Tempat: Tabika Kemas di Terengganu.


hahahahaha 😅😅😅kesian pula kan ...
  kita jalan kaki ramai-ramai untuk
sampai ke lokasi. jimat kos pengangkutan katanya
yang ini gambar sebelum memulakan aktiviti gotong-royong.
alahai kalau tak selfie tak sah kan.. tanpa gambar tak adalah kenangan❤

semangatnya semua orang inilah yang kita nak
 semangat dan berkerjasama. aktiviti pertama selepas
mendengar taklimat gotong royong adalah mewarna
semula dinding- dinding tadika supaya kelihatan menarik dan cantik.


apa yang penting kerjasama!!!!!!😍 

lukisan mural dalam proses🎨🎨🎨




ini baru separuh pelajar dari kolej ketengah yang terlibat dalam program
komuniti....






ini pelajar dari bacth 7, bakal cikgu-cikgu anak anda hehehehe
gambar ini diambil selepas selesai aktiviti komuniti tersebut.




Banyak yang kami dapat daripada program komuniti tersebut. Antaranya adalah dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara kami pelajar kolej dengan warga komuniti. Selain itu, kami juga dapat menyihatkan tubuh badan dengan melakukan aktiviti gotong-royong. Seterusnya, dapat mengelakkan masa terbuang dengan aktiviti yang tidak berfaedah. Akhirnya, banyak pengalaman yang kami dapat sepanjang perjalanan program berjalan. Sekian terima kasih.💕



Friday, November 30, 2018

Tingkah Laku Kanak-Kanak

🔍Tingkah Laku🔍
👀Apa itu tingkah laku ?  tingkah laku adalah apa yang dilakukan atau diperkatakan oleh seseorang individu. Selain itu, tingkah laku juga melibatkan semua tindakan manusia yang boleh diperhati, diukur dan dinilai dan sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar.
👀Terdapat dua jenis tingkah laku, iaitu:
  1. Tingkah Laku Positif
         Apakah yang dimaksudkan dengan tingkah laku positif ?. Tingkah laku positif adalah satu proses untuk perkembangan kanak-kanak secara seimbang. Selain itu, kanak-kanak juga akan berasa lebih bersemangat untuk melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Tingkah laku positif juga adalah sikap ingin tahu yang tinggi menyebabkan kreativiti kanak-kanak boleh dikembangkan melalui aktiviti yang dijalankan oleh guru. 
  • Contoh tingkah laku positif
  1. Tingkah laku ingin tahu- sikap ingin tahu yang tinggi terhadap sesuatu perkara yang dilihat.
  2. Tingkah laku cepat belajar- cepat menangkap atau 'catch up' sesuatu perkara yang baru dipelajari, dapat mempelajari sesuatu yang baru dengan cepat. 
  3. Tingkah laku pintar cerdas- sentiasa cepat dan pantas apabila menggunakan otak dan berfikir.
  4. Tingkah laku proaktif- sentiasa menunjukkan kesungguhan atau sikap maju ke depan berbanding kawan-kawan yang lain.
  • Faktor tingkah laku positif
    1. baka
    2. pengaruh tadika(guru)
    3. rakan sebaya
    4. keluarga
    5. keadaan fizikal bilik darjah
      2. Tingkah Laku Negatif
         Tingkah laku negatif pula merupakan tingkah laku yang mampu memberikan masalah dan                   mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.
  • Jenis tingkah laku negatif
  1. Tingkah laku merosakkan(destruktif)👉 tingkah laku agresif untuk melihat orang lain mengalami kesusahan atau menderita atau merasa seronok apabila orang lain mendapat malang seperti merosakan sesuatu alatan atau benda, mematahkan, menconteng dan lain-lain.
  2. Tingkah laku mengganggu(distruktif)👉 pelakuan melampau yang mengganggu orang lain atau sesi pengajaran dan pembelajaran seperti membuat bising, mengganggu rakan, menolak-nolak, bertumbuk,menjerit, bercakap dengan kuat dan lain-lain.
  3. Pengunduran diri👉 keadaan kanak-kanak yang menarik diri daripada sesuatu situasi atau keadaan kerana rasa rendah diri, rasa tidak selamat, rasa terancam, kurang kemahiran atau malu.
  4. Hiperaktif👉 keadaan kanak-kanak yang tidak boleh duduk diam, bergerak ke sana ke mari tanpa tujuan dan sukar dikawal. kanak-kanak ini tidak takut kepada orang, kerap menangis, suka ketawa, sukar beri tumpuan terhadap permainan atau kerja yang dilakukan dan mudah mengamuk apabila kehendak tidak dilayan. 
  5. Kebimbangan👉 kanak-kanak yang berkeadaan tidak tenteram atau kurang senang atau takut disebabkan guru dan murid lain akan memandang rendah terhadap dirinya. Contohnya, dalam pelaksanaan aktiviti.
  6. Pergantungan berlebihan👉 kanak-kanak yang bergantung secara berlebihan kepada orang lain seperti ibu bapa, guru, rakan sebaya dan tidak dapat berdikari atau membuat keputusan sendiri.
  • Faktor tingkah laku negatif
    1. keluarga
    2. peranan guru
    3. keadaan fizikal bilik darjah
    4. pengaruh rakan sebaya
☺Konsep pegurusan tingkah laku
    1. perancangan yang rapi
    2. tentukan individu atau kumpulan yang bermasalah tingkah laku
    3. teknik intervensi yang berkesan
    4. penilaian secara objektif
☺Kepentingan pengurusan tingkah laku
    1. pengurusan diri👉bertindak balas kepada kehendak semulajadi kanak-kanak yang memerlukan perhatian dan penerimaan.
    2. pendidikan👉 membolehkan murid-murid mengikuti pengajaran dan pembelajaran.
    3. sosialisasi👉mengurangkan kemungkinan kanak-kanak memperlihatkan tingkah lakukurang baik dalam usaha mendapatkan perhatian.




Sunday, November 11, 2018

Model Pengurusan Kelompok Kounin

MODEL PENGURUSAN KELOMPOK KOUNIN

  • Pengenalan

🎓 Jacob Kounin(1971) seorang pakar psikologi dari Wayne University
🎓 Fokus kajiannya terhadap cara pengurusan bilik darjah dan pengurusan pengajaran dan pembelajaran.
🎓 Asas keberkesanan model ini bergantung kepada pengawasan dan penyeliaan teliti guru.
🎓 Kounin telah mengesyorkan lima teknik pengurusan bilik darjah yang boleh diaplikasikan oleh guru bagi mengawal disiplin murid. Lima teknik tersebut adalah:

  1. Merangkumi semua (Withitness)⇒ Ia merujuk kepada kepekaan guru mengetahui apa yang sedang dilakukan oleh murid pada setiap masa. Dengan kepekaan ini guru dapat menjangka masalah yang akan timbul dan seterusnya menghalang masalah tersebut daripada menjadi lebih serius.
  2. Pertindanan (Overlapping)⇒ Pertindanan merujuk kepada keupayaan guru menangani lebih daripada satu situasi secara serentak. Contohnya, guru berupaya menulis di papan tulis sambil mengawasi murid yang berada di barisan belakang. Hal ini, akan menjadikan bilik darjah berada di dalam keadaan yang terkawal.
  3. Momentum (Momentum)⇒ Ia merujuk kepada kebolehan guru untuk meneruskan pengajaran dengan lancar dan cekap melakukan peralihan sesuatu aktiviti. Hal ini akan membantu murid bersedia melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
  4. Kelancaran (Smoothness) ⇒Bagi memastikan kelancaran pelaksanaan aktiviti bilik darjah, guru perlulah mengelakkan penerangan yang meleret, mengulangi perkara yang tidak perlu dan melakukan fragmentasi. Hal ini, perlu dilakukan supaya peralihan dua aktiviti dalam pembelajaran menjadi lebih licin.
  5. Kepekaan kelompok (Group Focus)⇒Kebolehan ini diperlukan bagi mengekalkan penglibatan aktif murid dan mewujudkan minat mereka. Perkara ini dapat dilakukan apabila guru berupaya mengemukan soalan yang boleh mencetuskan minat dan sifat ingin tahu murid.

  • Menurut kajian Kounin :
🎓Teguran dan tindakan guru terhadap seseorang murid yang melakukan kesalahan akan memberi kesan kepada murid yang lain. Kesan ini dipanggil sebagai kesan gelombang (Ripple Effect). Kesan gelombang secara aktif mempunyai 3 ciri:
  1. Jelas
  2. Tegas
  3. Serius


  1. Jelas
  • Teguran yang diberikan mestilah jelas
  • Guru perlu menyatakan secara spesifik tingkah laku yang hendak dibetulkan 
  • Elak memberi teguran secara umum
         → Contoh: Madihah buat kerja awak.
  • Berikan teguran secara spesifik
          →Contoh: Ain berhenti bercakap dengan Alia, buka buku muka surat 34 dan buat latihan A.
  • Buat teguran yang memberi akibat melakukan salah laku
           →Contoh: balqis kembali ke tempat duduk atau saya potong markah 5 bintang.

contoh situasi guru memberi arahan yang jelas
contoh situasi guru memberi arahan yang tidak jelas

       2. Tegas dan Serius
  • Memberi arahan dengan tegas dan bernada serius
          →Contoh: Aina saya mahu awak lakukan sekarang !!!!!!!!!
  • Nada dan tonasi suara guru perlu tegas dan keras
  • Mimik muka guru juga perlu serius 
  • Pelakuan nonverbal ini akan membantu teguran atau tindakan lebih berkesan



  
  • Cara Membuat Teguran
  1. Harus mengawasi persekitaran setiap masa 
  2. Pilih masa yang sesuai untuk membuat teguran
  3. Teguran dibuat dengan tegas, jelas dan serius
  4. Jangan melengah-lengahkan teguran
  5. Teguran perlu dilakukan sebaik sahaja tingkah laku sedang dilakukan 
       *Penting untuk guru pastikan punca supaya dapat kenalpasti siapa puncanya

  • Sebab dan Akibat Ketidaklancaran p&p
  1. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran tidak lancar, tertangguh dan arahan tidak jelas.
  2. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran tidak menarik menyumbang kepada keberangkalian salah laku, murid akan bosan, tidak beri perhatian, tidak faham dan tiada motivasi untuk belajar.
  3. Menyampaian pengajaran dan penerangan meleret dan fragmentasi
  4. Ulang perkara yang sudah lama murid fahami
  • Strategi Menarik Perhatian

  1. Guru mendapatkan perhatian sepenuhnya daripada murid sebelum memberi arahan dan membuat penerangan. Kemudian guru melibatkan murid dengan aktif dalam aktiviti-aktiviti berpusatkan murid. 
  2. Selalu memanggil murid untuk memberi maklum balas, membuat demonstrasi atau memberi penerangan.
  • Kesimpulan
🎓Model kounin masih tidak meliputi sistem pengurusan bilik darjah sepenuhnya.
🎓Dalam keadaan yang sebenar, murid masih melakukan tingkah laku yang salah walaupun diawasi oleh guru dengan cara yang paling baik.

Wednesday, November 7, 2018

Teori-Teori Persekitaran Pembelajaran Yang Responsif


1) MARIA MONTESSORI


                                                     
  • Model pendidikan montesssori ini diasaskan oleh Maria Montessori (1870-1952). beliau merupakan seorang tokoh pendidikan di Rome. Beliau lebih berpengalaman mengenai pendidikan awal kanak-kanak yang terencat akal. Dr. Maria Montessori adalah wanita pertama yang menerima ijazah dalam perubatan daripada Universiti Rome. Selain itu, beliau juga telah menubuhkan sekolah Montessori yang dikenali sebagai Casas Dei Bambini untuk kanak-kanak dari rumah miskin dan kanak-kanak  kurang berupaya.
  • Matlamat pendidikan montessori adalah untuk memperkembangkan aspek-aspek berikut:
  1. penumpuan
  2. kemahiran membuat pemerhatian
  3. kesedaran dari segi susunan dan urutan
  4. koordinasi
  5. kemahiran bahasa
  6. kemahiran menulis dan bahasa
  • Pendidikan montessori merangkumi pelbagai aspek penting iaitu:
  1. persekitaran pusat prasekolah
-kawasan prasekolah haruslah luas untuk kanak-kanak bergerak bebas dan dilengkapi dengan taman permainan dan juga kebun bunga untuk mewujudkan suasana yang menyeronokan. Selain itu, peralatan asas seperti meja, kerusi, almari, sinki basuh tangan, papan hitam dan pelbagai lagi mestilah sesuai dengan umur kanak-kanak.

       2. kanak-kanak
-kanak-kanak bebas untuk memilih mana-mana projek yang mereka sukai. Dan kanak-kanak yang lebih muda akan mempelajari aktiviti tertentu dengan cara memerhati dan meniru kanak-kanak yang lebih tua.

       3.Guru
-Guru haruslah memerhati kanak-kanak dari jauh dan hanya melibatkan diri sewaktu membuat demonstrasi kepada kanak-kanak tentang bagaimana menggunakan alat-alat atau bahan yang baru. Guru-guru tidak memuji kanak-kanak kerana matlamat aktiviti ialah untuk mendapat "self rewarding" dan motivasi intristik.

       4. Kurikulum 
- Terdapat beberapa set aktiviti, diantaranya ialah:
a) aktiviti yang berkaitan dengan kehidupan harian
b) aktiviti yang berkaitan dengan penggunaan deria
c) aktiviti yang bercorak akademik

       5. Aktiviti kehidupan harian(daily living)
-Aktiviti yang berbentuk pratikal seperti:
a) mengenakan butang baju
b) menggilap kasut
c) menyikat rambut
d) menyampuh lantai
e) menyiram pokok


2) HOWARD GARDNER

           
                        

  • Howard Garden dilahirkan pada 11 julai 1943 di scrannton pennyslavania. Beliau telah menghasilkan buku "Frames of Mind (1983)". Howard Garden berkata kecerdasan manusia biasa tidak boleh di warisi kerana kecerdasan dipengaruhi oleh budaya, persekitaran, peluang pendidikan, makanan, pembelajaran dan lain-lain lagi.


  • Aplikasi teori kecerdasan pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran:
  1. PADANAN
- Guru perlu memadankan pelajaran dan pengajaran dengan kecerdasan pelbagai kanak-kanak dan juga mengenalpasti kecerdasan kanak-kanak. Selain itu, mengenalpasti kekuatan kanak-kanak dan kembangkannya.

      2. PERCUBAAN

- Guru perlu memikirkan teori kecerdasan pelbagai yang sesuai untuk di aplikasikan.
- Guru pelu memikirkan cara memaksimumkan potensi persekitaran(bilik darjah).

     3. PENINGKATAN

- Guru perlu mengaitkan teori kecerdasan pelbagai dengan kemahiran berfikir untuk perkembangan murid.
- Murid dapat mengaplikasikan apa yang diajar.

  • Kelebihan teori  kecerdasan pelbagai
  1. guru dapat melihat potensi murid
  2. membantu  guru merancang pengajaran
  3. boleh mengatasi gejala ponteng sekolah
  4. murid boleh memahami potensi diri
  5. membolehkan guru memberi tunjuk ajar sepenuhnya tentang kekuatan dan kelemahan yang ada pada diri murid.
  • Kelemahan teori kecerdasan pelbagai
  1. guru perlu mengenalpasti kecerdasan yang dihadapi oleh murid
  2. cara pembelajaran tidak menyeluruh 
  3. menimbulkan ketidakadilan(pilih kasih)
  4. guru tidak kreatif 

Monday, October 29, 2018

Persekitaran Pembelajaran Yang Responsif


  • Definisi persekitaran pembelajaran yang responsif


persekitaran pembelajaran yang responsif ialah tempat murid dapat melibatkan diri, mengambil bahagian dan menumpukan perhatian dalam pembelajaran. persekitaran ini mempunyai keupayaan untuk merangsang minat dan semangat murid untuk terus belajar.


  • Konsep Persekitaran Pembelajaran

menurut Evertsin, Emner & Worsham(2003), antara prinsip-prinsip persekitaran fizikal bilik darjah ialah lalu-lintas didalam kelas, persekitaran yang mudah untuk guru memantau, bahan pengajaran dan pembelajaran yang disusun secara rapi serta memastikan murid dapat memerhati persembahan atau demostrasi dengan mudah.

penyusunan alatan dan perabot didalam bilik darjah hendaklah menepati keperluan bagi warga didalamnya. oleh itu, terdapat beberapa faktor yang memerlukan guru menyusun atur susunan bilik darjah yang mana ia mementingkan elemen untuk membina satu suasana yang mempamerkan autoriti, stail pengajaran dan dapat menimbulkan rasa keupayaan antara murid dan guru.


  • Faktor-Faktor Yang Memberikan Kesan Kepada Bilik Darjah

  1. susunan perabot
susunan meja dan kerusi amat penting kerana ia merupakan salah satu faktor yang memberi kesan besar kepada bilik darjah. ia melibatkan kekreatifan guru kelas dalam membina suasana bilik darjah yang tersusun rapi dan selesa untuk belajar. susunan yang baik akan dapat memudahkan pergerakan lalu-lintas murid serta guru , kebersihan kelas juga mudah untuk dipantau dan dijaga, memudahkan murid berinteraksi sesama mereka dan guru juga boleh berinteraksi, bergerak dan melihat aktiviti yang murid-murid lakukan dengan lebih jelas. selain itu, murid juga dapat menlihat guru dengan lebih jelas semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

       2. peralatan

peralatan juga faktor yang penting bagi memastikan perjalanan sesi pengajaran dan pembelajaran didalam bilik darjah dan juga sebagai pemudah cara kepada guru untuk menyampai ilmu. antara jenis-jenis peralatan didalam bilik darjah adalah:

a)peralatan pembelajaran-peralatan muzik dan peralatan fizikal dan sukan.
b)perabot ruang pembelajaran- rak buku dan rak menyimpan barang mainan.
c)peralatan elektrik dan elektronik- televisyen, radio dan komputer.
d)peralatan kelas- meja dan kerusi

         3. pengudaraan dan pencahayaan

apakah kepentingan udara ? mengapa pengudaraan penting bagi sesebuah bilik darjah ? sebelum anda menjawab pertanyaan ini, cuba tahan nafs anda. selesakah anda sekiranya berada dalam keadaan yang lemas dan sukar bernafas ? tentu sukar bukan. begitulah juga situasi semasa berada didalam bilik darjah. jika bilik darjah tersebut tidak mempunyai laluan pengudaraan yang baik maka suasana didalam kelas tersebut akan menjadi panas lebih malang lagi apabila tiba musim panas yang kering. bukan itu sahaja, guru pun tidak akan dapat mengajar dalam keadaan sebegitu. oleh sebab itu, pentingnya tingkap-tingkap yang berfungsi dan pintu yang mencukupi bagi memastikan pengaliran udara kedalam kelas berlaku dengan  baik. 

cahaya juga penting untuk menjadikan bilik darjah responsif selain daripada keperluan pengaliran udara. minat dan semangat untuk belajar akan jadi suram kerana ketiadaan cahaya yang mencukupi boleh menyebabkan murid mengantuk,bosan dan rimas.

         4. ruang

ruang bilik darjah yang cukup memudahkan murid bergerak dengan selamat dan selesa kepada murid-murid. mereka tidak perlu berasak-asak dan mereka dapat menjalankan aktiviti berkumpulan atau permainan dengan lebih berkesan. guru juga boleh menyediakan pelbagai aktiviti-aktiviti multimedia atau interaktif di setiap sudut pembelajaran untuk menarik minat murid. dan secara tidak langsung memudahkan guru mengajar.


  • Ciri-Ciri Persekitaran Yang Responsif

1)hubungan yang saling hormat-menghormati di antara guru dengan muridnya.
2)kesukarelaan murid menerima aspirasi dan peraturan bilik darjah yang diaturkan oleh pihak pentadbiran sekolah.
3)perasaan kekitaan yang timbul di antara murid-murid dan guru-guru sebagai sebuah keluarga yang mesra dan bahagia.
4)kewujudan satu keadaan yang setiap murid melibatkan diri dalam kegiatan keilmuan dalam setiap kesempatan, termaksud usaha menggunakan  bahasa dengan betul dan sesuai.