Tuesday, November 13, 2018

Kemahiran Proses Sains

Sains adalah apa yang dilakukan oleh kanak-kanak setiap hari apabila mereka menanya soalan, memerhati serangga, membuat ketulan ais, menunggang basikal, mengasah pensel ataupun memasang lampu. (Kilmer & Hofman, 1995,p.43) Kanak-kanak pada umumnya memang bersifat inskuisitif atau ingin tahu. Ini dicerminkan melalui soalan-soalan yang kerap kali ditanya dengan tujuan mendapat penjelasan dan kefahaman berhubung sesuatu yang menarik perhatian mereka.

Kemahiran Proses Sains
Kemahiran proses sains adalah kemahiran yang digunakan oleh para saintis bagi mengkaji fenomena dan menyelesaikan masalah. Proses ini meliputi kaedah atau cara mencari penerangan yang rasional berhubung fenomena dalam alam semula jadi. Proses sains, mengikut Gagne (1963) adalah asas inkuiri saintifik. Ia adalah kemahiran intelektual yang diitlakkan dan perlu bagi mempelajari konsep dan prinsip yang digunakan bagi membuat inferens secara induktif. Kemahiran ini adalah progresif dan berhierarki, setiap satu menjadi landasan kepada kemahiran berikutnya dan saling bertindih. Keupayaan menggunakan setiap proses sains peringkat tinggi bergantung pada kemampuan menguasai kemahiran proses sains yang lebih mudah.

      Ciri-ciri utama bagi proses sains:

  • Setiap proses sains adalah tingkah laku yang dapat dipelajari dan kuasai kanak-kanak
  • Setiap proses melibatkan  kemahiran intelek spesifik dan boleh digunakan bagi memahami fenomena
  • Proses sains dapat gunakan dalam mempelajari isi kandungan sains dan menyumbang ke arah pembangunan pemikiran rasional
Pengalaman awal kanak-kanak dalam sains perlu diberi dalam bentuk yang membolehkan mereka terlibat secara aktif dalam pembinaan idea dan penguasaan kemahiran proses sains.

Aktiviti amali
Kemahiran Proses Sains
Memerhati
Menggunakan deria penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa atau bau untuk mengumpulkan maklumat tentang objek dan fenomena.

Mengelas
Mengasingkan dan mengumpulkan objek atau fenomena kepada kumpulan masing-masing berdasarkan kriteria tertentu seperti ciri atau sifat. Pengumpulan ini adalah berdasarkan ciri atau sifat sepunya.

Mengukur & Menggunakan Nombor
Membuat pemerhatian secara kuantitatif dengan menggunakan nombor dan alat berunit piawai atau alat yang diseragamkan sebagai unit rujukan. Pengukuran menjadikan pemerhatian lebih jitu.

Membuat Inferens
Membuat kesimpulan awal yang munasabah, yang mengkin benar atau tidak benar untuk menerangkan sesuatu peristiwa atau pemerhatian.

Ramalan
Membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman yang lalu atau data yang boleh dipercayai.

Berkomunikasi
          Menerima, memilih, menyusun dan mempersembahkan maklumat atau idea dalam pelbagai bentuk seperti tulisan, lisan, jadual, graf, rajah atau model.


Mengajar Proses Sains
Pengalaman sains pada peringkat prasekolah biasanya menekankan kemahiran proses asas. Guru-guru sememangnya menggunakan pendekatan proses dalam pengajaran tanpa mereka sedari. Pendekatan pengajaran kemahiran proses sains memberi penekanan ke atas kaedah saintifik. Andaian yang dibuat adalah melalui pemerhatian alam sekeliling dan segala yang terkandung dalamnya, kanak-kanak mempu meneroka dan menjalankan penyiasatan bagi membolehkan mereka membuat penemuan pengetahuan saintifik.

Antara aktiviti yang dapat mempertingkatkan penguasaan kemahiran proses asas:
πŸ‘‰ Permainan air
πŸ‘‰ Permainan pasir
πŸ‘‰ Bahan-bahan sentuhan
πŸ‘‰ Aktiviti pendengaran
πŸ‘‰ Manik-manik berwarna
πŸ‘‰ Aktiviti rasa dan bau

Monday, November 12, 2018

Penyusuan susu ibu

Amalan penyusuan:
Semua ibu digalakkan menyusu anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir hingga berumur enam bulan dan meneruskannya sehingga meneruskannya sehingga mencapai umur dua tahun. Makanan pelengkap perlu diberikan mulai umur enam bulan.

Faedah penyusuan susu ibu kepada bayi.
       Faedah kepada bayi:
  • membekalkan pemakanan yang ideal untuk bayi anda
  • melindungi bayi anda daripada infeksi  
  • mengurangkan risiko alahan kepada bayi
  • membantu dalam peredaran darah
  • mengurangkan obesiti di lewat usia
  • Membekalkan semua zat dan air yang diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi pada enam bulan pertama
  • Mengurangkan kematian bayi melalui pengurangan insiden cirit-birit dan penyakit berjangkit
  • Membantu pembentukan dan pertumbuhan rahang, gigi dan pertuturan yang lebih baik.

        Faedah kepada ibu:

  • boleh mengurangkan risiko 
    • kanser payudara
    • kanser ovari
    • patah tulang di usia emas
    • pengekalan lemak semasa hamil
  • anemia akibat pengecutan uterus yang lemah
  • jarak kehamilan yang singkat
  • membina hubungan yang rapat dengan bayi.
Kepentingan memulakan penyusuan awal
  • memastikan kejayaan penyusuan susu ibu secara eksklusif
  • untuk memastikan bayi mendapat cukup kolostrum.
* tiga jnis susu dalam susu ibu*
  • kolostrum
  • foremilk
  • hindmilk
KOLOSTRUM
  • susu yang dihasilkan semasa usia kandungan 7 bulan hingga beberapa hari selepas bersalin
  • ianya berkeadaan pekat, melekit dan berwarna kekuningan
  • dihasilkan dalam kuantiti yang sedikit (3 oz. dalam masa 24 jam) sesuai dengan perut bayi
  • mengandungi nutrien (protien dan vitamin A) yang sempurna untuk bayi
  • melindungi usus bayi daripada infeksi
  • bertindak sebagai imunisasi pertama menentang bakteria
  • membantu dalam pembentukan bakteria baik dalam usus bayi
  • membantu bayi mengeluarkan meconium untuk mencegah jaundis

FOREMILK
  • Susu ini adalah susu yang berada di hadapan payudara atau lebih dikenali susu awal. 
  • Susu ini dihasilkan diawal penyusuan, jadi biasanya bayi akan menerima susu foremilk dahulu. 
  • Keadaan susu ini adalah cair dan mengandungi banyak air. 
  • Fungsinya adalah menghilangkan dahaga si bayi anda.
HINDMILK
  • Susu jenis ini adalah susu yang berada dibelakang payudara atau lebih dikenali susu akhir. 
  • Kebiasaanya susu ini berlaku diakhir penyusuan dimana selepas bayi telah menghabiskan foremilk. 
  • Warnanya lebih pekat dari foremilk dan agak kekuningan. 
  • Khasiat susu ini adalah memberi tenaga dan tumbesaran kerana ia mengandungi kalori lemak yang tinggi.


Sunday, November 11, 2018

Model Pengurusan Kelompok Kounin

MODEL PENGURUSAN KELOMPOK KOUNIN

  • Pengenalan

πŸŽ“ Jacob Kounin(1971) seorang pakar psikologi dari Wayne University
πŸŽ“ Fokus kajiannya terhadap cara pengurusan bilik darjah dan pengurusan pengajaran dan pembelajaran.
πŸŽ“ Asas keberkesanan model ini bergantung kepada pengawasan dan penyeliaan teliti guru.
πŸŽ“ Kounin telah mengesyorkan lima teknik pengurusan bilik darjah yang boleh diaplikasikan oleh guru bagi mengawal disiplin murid. Lima teknik tersebut adalah:

  1. Merangkumi semua (Withitness)⇒ Ia merujuk kepada kepekaan guru mengetahui apa yang sedang dilakukan oleh murid pada setiap masa. Dengan kepekaan ini guru dapat menjangka masalah yang akan timbul dan seterusnya menghalang masalah tersebut daripada menjadi lebih serius.
  2. Pertindanan (Overlapping)⇒ Pertindanan merujuk kepada keupayaan guru menangani lebih daripada satu situasi secara serentak. Contohnya, guru berupaya menulis di papan tulis sambil mengawasi murid yang berada di barisan belakang. Hal ini, akan menjadikan bilik darjah berada di dalam keadaan yang terkawal.
  3. Momentum (Momentum)⇒ Ia merujuk kepada kebolehan guru untuk meneruskan pengajaran dengan lancar dan cekap melakukan peralihan sesuatu aktiviti. Hal ini akan membantu murid bersedia melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
  4. Kelancaran (Smoothness) ⇒Bagi memastikan kelancaran pelaksanaan aktiviti bilik darjah, guru perlulah mengelakkan penerangan yang meleret, mengulangi perkara yang tidak perlu dan melakukan fragmentasi. Hal ini, perlu dilakukan supaya peralihan dua aktiviti dalam pembelajaran menjadi lebih licin.
  5. Kepekaan kelompok (Group Focus)⇒Kebolehan ini diperlukan bagi mengekalkan penglibatan aktif murid dan mewujudkan minat mereka. Perkara ini dapat dilakukan apabila guru berupaya mengemukan soalan yang boleh mencetuskan minat dan sifat ingin tahu murid.

  • Menurut kajian Kounin :
πŸŽ“Teguran dan tindakan guru terhadap seseorang murid yang melakukan kesalahan akan memberi kesan kepada murid yang lain. Kesan ini dipanggil sebagai kesan gelombang (Ripple Effect). Kesan gelombang secara aktif mempunyai 3 ciri:
  1. Jelas
  2. Tegas
  3. Serius


  1. Jelas
  • Teguran yang diberikan mestilah jelas
  • Guru perlu menyatakan secara spesifik tingkah laku yang hendak dibetulkan 
  • Elak memberi teguran secara umum
         → Contoh: Madihah buat kerja awak.
  • Berikan teguran secara spesifik
          →Contoh: Ain berhenti bercakap dengan Alia, buka buku muka surat 34 dan buat latihan A.
  • Buat teguran yang memberi akibat melakukan salah laku
           →Contoh: balqis kembali ke tempat duduk atau saya potong markah 5 bintang.

contoh situasi guru memberi arahan yang jelas
contoh situasi guru memberi arahan yang tidak jelas

       2. Tegas dan Serius
  • Memberi arahan dengan tegas dan bernada serius
          →Contoh: Aina saya mahu awak lakukan sekarang !!!!!!!!!
  • Nada dan tonasi suara guru perlu tegas dan keras
  • Mimik muka guru juga perlu serius 
  • Pelakuan nonverbal ini akan membantu teguran atau tindakan lebih berkesan



  
  • Cara Membuat Teguran
  1. Harus mengawasi persekitaran setiap masa 
  2. Pilih masa yang sesuai untuk membuat teguran
  3. Teguran dibuat dengan tegas, jelas dan serius
  4. Jangan melengah-lengahkan teguran
  5. Teguran perlu dilakukan sebaik sahaja tingkah laku sedang dilakukan 
       *Penting untuk guru pastikan punca supaya dapat kenalpasti siapa puncanya

  • Sebab dan Akibat Ketidaklancaran p&p
  1. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran tidak lancar, tertangguh dan arahan tidak jelas.
  2. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran tidak menarik menyumbang kepada keberangkalian salah laku, murid akan bosan, tidak beri perhatian, tidak faham dan tiada motivasi untuk belajar.
  3. Menyampaian pengajaran dan penerangan meleret dan fragmentasi
  4. Ulang perkara yang sudah lama murid fahami
  • Strategi Menarik Perhatian

  1. Guru mendapatkan perhatian sepenuhnya daripada murid sebelum memberi arahan dan membuat penerangan. Kemudian guru melibatkan murid dengan aktif dalam aktiviti-aktiviti berpusatkan murid. 
  2. Selalu memanggil murid untuk memberi maklum balas, membuat demonstrasi atau memberi penerangan.
  • Kesimpulan
πŸŽ“Model kounin masih tidak meliputi sistem pengurusan bilik darjah sepenuhnya.
πŸŽ“Dalam keadaan yang sebenar, murid masih melakukan tingkah laku yang salah walaupun diawasi oleh guru dengan cara yang paling baik.

Wednesday, November 7, 2018

Ciri-ciri Pemilihan Bahan




Ketika memilih perisian komputer, ciri-ciri perisian komputer yang perlu diambil kira ketika memilih perisian untuk kanak-kanak peringkat awal ialah :
  • ·         Kesesuaian umur dengan kemahiran yang diprogramkan dalam perisian komputer

Perisian yang menyatakan umur kanak-kanak harus disiasat dengan teliti. Pastikan ia mempunyai pelbagai tahap supaya kanak-kanak dapat memilih tahap yang lebih rendah sekiranya mereka kurang mahir dan memilih tahap yang lebih tinggi apabila kemahiran sudah meningkat. Perisian yang hanya satu tahap cepat membosankan kanak-kanak. Walaupun umur yang dinyatakan sesuai, mungkin perisian itu terlalu mudah ataupun terlalu sukar padanya. Kedua-dua keadaan dapat menghilangkan minat kanak-kanak terhadapnya.

  • ·       Kawalan kanak-kanak

Programnya menggalakkan kanak-kanak memilih program dan aktiviti yang diminati serta dapat meneroka dengan bebas. Kanak-kanak dapat menamatkan penggunaannya atau menukar aktiviti pada bila-bila masa, tanpa menunggu sehingga satu aktiviti tamat.
  • ·         Terbuka

Perisian komputer yang baik secara aktif menggalakkan kanak-kanak meneroka. Tujuan permainan menggunakan komputer sepatutnya belajar melalui proses daripada hasil akhir dan jawapan yang betul. Ia juga membenarkan kanak-kanak kreatif dan dapat menyelesaikan masalah.
  • ·         Rentak / pergerakan

Rentak dan pergerakan dalam sesuatu perisian hendaklah dapat dikawal oleh kanak-kanak mengikut kebolehan kanak-kanak. Perisian yang sesuai memberi pilihan untuk kanak-kanak memilih sama ada pergerakannya laju atau perlahan. Kanak-kanak yang lebih muda suka program yang tidak bergerak pantas kerana kemahiran motor mereka masih rendah. Perisian yang bergerak terlalu pantas menakutkan mereka. Kanak-kanak di peringkat prasekolah dan sekolah mungkin lebih suka kepada perisian komputer yang bergerak pantas untuk mengelakkan mereka jemu menunggu arahan yang seterusnya. 
  • ·         Perwakilan objek konkrit dan menarik

Perisian komputer yang menggunakan ikon bergambar yang jelas dan mudah difahami oleh kanak-kanak. Ikon tersebut hendaklah dapat memberi maklumat dan arahan yang senang difahami oleh kanak-kanak dan sesuai dengan peringkat kognitif kanak-kanak. Dengan adanya ikon tersebut ia dapat :

      Membantu kanak-kanak berfikir secara konkrit dan dapat membuat aktiviti secara perseorangan.
      Ikon dalam perisian komputer untuk kanak-kanak juga hendaklah berwarna asas seperti merah, biru atau hijau primer dan berbentuk mudah. Pergerakan atau animasi watak, gambar dan perkataan juga dapat menambah tarikan sesuatu perisian kepada kanak-kanak.

  • Bunyi yang menarik
Pergerakan yang diiringi dengan bunyi yang menarik. Sekiranya bunyi tersebut suara, pilih perisian yang mengandungi suara yang jelas, semula jadi dan perkataan senang difahami. Sekiranya bunyi berbentuk muzik, pilih perisian yang mengandungi muzik yang mudah dan ceria.
  • ·         Fleksibel

Program yang baik memberi ruang kepada kanak-kanak belajar dengan pelbagai stail pembelajaran. Perisian komputer yang baik mempunyai beberapa tahap kerumitan, bagi menyesuaikan matlamat guru dan kebolehan kanak-kanak.
  • ·         Maklum balas

Perisian yang berkesan hendaklah memberi maklum balas terhadap tindakan yang dilakukan oleh kanak-kanak. Maklum balas mungkin merupakan yang positif (bila berjaya) ataupun neutral (seperti ''cuba lagi''). Yang penting, maklum balas tersebut memberi panduan yang membantu kanak-kanak mengambil tindakan yang seterusnya dan membolehkan kanak-kanak meningkatkan kemahirannya.
  • ·         Penguasaan pengendalian

Perisian komputer yang berkesan untuk pembelajaran kanak-kanak membolehkan mereka mengendalikannya tanpa banyak bantuan ataupun penyeliaan daripada orang dewasa dengan jayanya.







Teori-Teori Persekitaran Pembelajaran Yang Responsif


1) MARIA MONTESSORI


                                                     
  • Model pendidikan montesssori ini diasaskan oleh Maria Montessori (1870-1952). beliau merupakan seorang tokoh pendidikan di Rome. Beliau lebih berpengalaman mengenai pendidikan awal kanak-kanak yang terencat akal. Dr. Maria Montessori adalah wanita pertama yang menerima ijazah dalam perubatan daripada Universiti Rome. Selain itu, beliau juga telah menubuhkan sekolah Montessori yang dikenali sebagai Casas Dei Bambini untuk kanak-kanak dari rumah miskin dan kanak-kanak  kurang berupaya.
  • Matlamat pendidikan montessori adalah untuk memperkembangkan aspek-aspek berikut:
  1. penumpuan
  2. kemahiran membuat pemerhatian
  3. kesedaran dari segi susunan dan urutan
  4. koordinasi
  5. kemahiran bahasa
  6. kemahiran menulis dan bahasa
  • Pendidikan montessori merangkumi pelbagai aspek penting iaitu:
  1. persekitaran pusat prasekolah
-kawasan prasekolah haruslah luas untuk kanak-kanak bergerak bebas dan dilengkapi dengan taman permainan dan juga kebun bunga untuk mewujudkan suasana yang menyeronokan. Selain itu, peralatan asas seperti meja, kerusi, almari, sinki basuh tangan, papan hitam dan pelbagai lagi mestilah sesuai dengan umur kanak-kanak.

       2. kanak-kanak
-kanak-kanak bebas untuk memilih mana-mana projek yang mereka sukai. Dan kanak-kanak yang lebih muda akan mempelajari aktiviti tertentu dengan cara memerhati dan meniru kanak-kanak yang lebih tua.

       3.Guru
-Guru haruslah memerhati kanak-kanak dari jauh dan hanya melibatkan diri sewaktu membuat demonstrasi kepada kanak-kanak tentang bagaimana menggunakan alat-alat atau bahan yang baru. Guru-guru tidak memuji kanak-kanak kerana matlamat aktiviti ialah untuk mendapat "self rewarding" dan motivasi intristik.

       4. Kurikulum 
- Terdapat beberapa set aktiviti, diantaranya ialah:
a) aktiviti yang berkaitan dengan kehidupan harian
b) aktiviti yang berkaitan dengan penggunaan deria
c) aktiviti yang bercorak akademik

       5. Aktiviti kehidupan harian(daily living)
-Aktiviti yang berbentuk pratikal seperti:
a) mengenakan butang baju
b) menggilap kasut
c) menyikat rambut
d) menyampuh lantai
e) menyiram pokok


2) HOWARD GARDNER

           
                        

  • Howard Garden dilahirkan pada 11 julai 1943 di scrannton pennyslavania. Beliau telah menghasilkan buku "Frames of Mind (1983)". Howard Garden berkata kecerdasan manusia biasa tidak boleh di warisi kerana kecerdasan dipengaruhi oleh budaya, persekitaran, peluang pendidikan, makanan, pembelajaran dan lain-lain lagi.


  • Aplikasi teori kecerdasan pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran:
  1. PADANAN
- Guru perlu memadankan pelajaran dan pengajaran dengan kecerdasan pelbagai kanak-kanak dan juga mengenalpasti kecerdasan kanak-kanak. Selain itu, mengenalpasti kekuatan kanak-kanak dan kembangkannya.

      2. PERCUBAAN

- Guru perlu memikirkan teori kecerdasan pelbagai yang sesuai untuk di aplikasikan.
- Guru pelu memikirkan cara memaksimumkan potensi persekitaran(bilik darjah).

     3. PENINGKATAN

- Guru perlu mengaitkan teori kecerdasan pelbagai dengan kemahiran berfikir untuk perkembangan murid.
- Murid dapat mengaplikasikan apa yang diajar.

  • Kelebihan teori  kecerdasan pelbagai
  1. guru dapat melihat potensi murid
  2. membantu  guru merancang pengajaran
  3. boleh mengatasi gejala ponteng sekolah
  4. murid boleh memahami potensi diri
  5. membolehkan guru memberi tunjuk ajar sepenuhnya tentang kekuatan dan kelemahan yang ada pada diri murid.
  • Kelemahan teori kecerdasan pelbagai
  1. guru perlu mengenalpasti kecerdasan yang dihadapi oleh murid
  2. cara pembelajaran tidak menyeluruh 
  3. menimbulkan ketidakadilan(pilih kasih)
  4. guru tidak kreatif 

Sunday, November 4, 2018

Makanan Seimbang



Keperluan nutrisi kepada bayi dan kanak-kanak

  • Amalkan penyusuan susu ibu secara eksklusif dari lahir hingga anak berusia enam bulan. Makanan pelengkap perlu diberi mulai enam bulan (180 hari) – teruskan penyusuan susu ibu sehingga 2 tahun. 
  • Tingkatkan amaun dan kekerapan pemberian makanan mengikut umur 
  • Pelbagaikan jenis makanan bagi penuhi keperluan nutrien 
  • Ubah tekstur dan cara penyediaan makanan mengikut perkembangan 
  • Pemberian makanan secara responsif dengan prinsip penjagaan psikososial 
  •  Penyediaan, pengendalian dan penyimpanan makanan secara selamat 
  • Semasa sakit, berikan bayi dan kanak-kanak lebih air dan cecair lain. Beri hidangan yang kecil tetapi kerap

Pemilihan Snek – bayi, toddler dan kanak-kanak prasekolah

*Potongan buahan, buahan kering, sandwish, yogurt, biskut*
  • Seimbangkan makanan 
  • Hindari jajan atau makanan ringan 
  • Banyakkan minum air masak 
  • Wajibkan sarapan pagi 
  • Tingkatkan aktiviti fizikal 
  •  Bijak dalam membeli makanan

Makanan Seimbang

  • Pemakanan seimbang amat penting bagi tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak. Semasa umur kanak-kanak meningkat, mereka perlu diberikan makanan yang seimbang 
  • Beberapa aspek penting perlu diberi perhatian oleh pendidik mengenai pemakanan kanak-kanak, ialah:
    • Kepelbagaian jenis makanan untuk kanak-kanak 
    • Cara dan teknik penyediaan-sebelum, semasa dan selepas memasak; 
    • Amaun makanan 
    • Persekitaran makan-ruang, peralatan, perabot, jadual, dan menu harian 
    • Cara memberi makanan kepada kanak-kanak 
    • Interaksi positif dengan kanak-kanak semasa makan 
    • Adab sebelum, semasa dan selepas makan
Amaun makanan mengikut Garis Panduan Pemberian Makanan Bayi dan Kanak-Kanak Kecil,
Kementerian Kesihatan Malaysia, 2008

Contoh diet bagi makanan pelengkap dan anggaran kuantiti bagi makanan tempatan untuk bayi
dan kanak-kanak kecil





 Jenis Makanan Yang Diperlukan Oleh Kanak-Kanak


























Kesan Gizi Yang Tidak Seimbang


Panduan memilih bahan-bahan mentah segar dan bersih







Friday, November 2, 2018

Teori-Teori Pembelajaran

Fahaman Konstruktivis
Pada suatu ketika dahulu pandangan yang berpengaruh dalam menjawab apakah realiti ataupun bagaimanakah seseorang itu mendapat makna adalah melalui apa yang disebut sebagai pandangan objektivis. Berdasarkan fahaman begini, pengajaran biasanya disampaikan dalam bentuk 'memberitahu' seperti mana dalam kelas, guru menyampaikan maklumat kepada murid dengan memberitahu itu dan ini.

Walau bagaimanapun, terdapat pandangan yang bertentangan iaitu pandangan yang mengatakan realiti itu dibina atau to construst sendiri oleh seseorang individu, ia lebih dikatakan sebagai realiti yang subjektif. Ternyata sekali apabila seseorang itu membina realitinya berdasarkan pemerhatian, corak penaakulan dan cara refleksinya tersendiri ini jauh berbeza dengan realiti yang dibina oleh individu lain.

Fahaman konstruktivis adalah pengetahuan tidak dapat dipindahkan ke dalam minda kanak-kanak secara total tetapi dapat mereka membina makna daripada perkataan ataupun imej visual yang mereka lihat ataupun dengar. Pembelajaran begini juga sangat bergantung pada perkaitan yang dapat dibuat dengan pengetahuan yang sedia ada ataupun pengalaman lepas pada murid itu.

Teori-teori Pembelajaran Konstruktivis

Vygotsky - Teori Perkembangan Sosial


Lev Vygotsky (1896-1934) adalah seorang ahli psikologi berbangsa Rusia dan bidang beliau adalah dalam kesusasteraan dan bahasa. Idea-idea beliau terutama sekali berkenaan pembelajaran dalam konteks sosial lewat diterima oleh ahli-ahli psikologi Barat kerana karyanya dalam bahasa Rusia menghadapi masalah alih bahasa. Oleh itu, teori ini tidak dapat disebarkan lebih awal lagi. Walau bagaimanapun, pengaruh beliau ke atas bidang psikologi di Amerika semakin meningkat dalam 20 tahun kebelakangan ini dan idea-ideanya banyak diasimilasikan oleh ahli-ahli psikologi pendidikan.

Menurut beliau, sebenarnya terdapat dua paras atau tahap perkembangan kognitif. Yang pertama adalah paras yang dicapai oleh seseorang apabila dia berfungsi secara bersendiri yang dinamakan perkembangan sebenar atau actual development dan paras yang lebih tinggi adalah paras yang seseorang itu berpotensi mencapai atau potential development apabila mendapat bimbingan daripada pihak yang lebih berkebolehan. Jarak di antara dua paras ini dikenali sebagai 'zone of proximal development'. (lihat rajah 1)

Rajah 1

Piaget - Teori Perkembangan Kognitif



Jean Piaget (1886-1980) seorang ahli psikologi berbangsa Swiss, mengkaji selama 60 tahun bagi melihat corak pemikiran dan penaakulan kanak-kanak. Latar belakang beliau dalam bidang Biologi dan falsafah banyak mempengaruhi pembentukan teori perkembangan kognitifnya.

Proses Perkembangan Kognitif

Terdapat 4 peringkat perkembangan kognitif:

UMUR
PERINGKAT

KETERANGAN

0-2 tahun
Sensorimotor
Menggunakan pancaindera seperti pendengaran, perhatian, dan aktiviti motor untuk meneroka

2-6 tahun
Praoperasi
Menggunakan symbol untuk mewakili pemahaman sendiri bagi sesuatu objek. Contoh, guna pen sebagai kapal terbang (imaginasi).

6-12 tahun
Operasi konkrit
Perkembangan dalaman mental seperti penambahan dan penolakan. Kanak-kanak boleh melakukan operasi pada imej @ objek yang nyata dan konkrit.

12 tahun ke atas
Operasi formal
Memahami aspek yang abstrak dan logik. Mampu menyusun idea secara sistematik dan menjangka akibat.




Ekuilibrasi melibatkan kedua-dua proses asimilasi dan akomodasi dan menerusi penyusunan semula kognisi berlaku.

Peringkat
Jarak Umur
Ciri-ciri
Cara Mengasuh Perkembangan
Sensorimotor
0-2 tahun
Pemikiran berdasarkan input sensori
Memberi peluang berinteraksi dengan persekitaran

Praoperasi
2-7 tahun
Penggunaan symbol dan bahasa berkembang/ laku lebih dibimbing oleh intuisi daripada logik pemikiran masih egosentrik

Penggunaan symbol dan bahasa
Operasi Konkrit
7-11 tahun
Bergantung pada benda yang wujud dan konkrit dalam menyelesaikan masalah pemikiran kurang egosentrik berupaya menyelesaikan tugas, mengelas dan pengabadian





Pengalaman ‘hands-on’
Operasi Formal
11- dewasa
Pemikiran logik dan abstrak berkembang boleh menilai pemikiran sendiri

Penyelesaian masalah yang melibatkan penggunaan kemahiran penaakulan formal




Bruner


Peringkat Perkembangan kognitif:

Enaktif (0-2 tahun)

Ikonik (2-4 tahun)

Simbolik (5-7 tahun)

        Guna deria motor & deria yang lain untuk meninjau & memahami persekitaran

        Pembelajaran berdasarkan pergerakan anggota kanak-kanak

        Pembelajaran kanak-kanak menggunakan otak untuk berfikir

        Menggambarkan imej dalam fikiran mereka

        Kanak-kanak boleh berfikir menggunakan bahasa

        Penggunaan konsep dan Bahasa berkembang

        Boleh memanipulasi simbol



Brunner (1966) menyatakan teori pengajaran mesti memberi pertimbangan kepada 4 aspek yang utama, iaitu: 


  • Pengajaran mesti mengambil berat berkenaan pengalaman dan konteks yang menyebabkan murid itu rela serta bersedia belajar
  • Cara-cara bagaimana bahan pengetahuan distrukturkan supaya mudah bagi murid mendekati serta memperolehnya
  • Cara-cara bagaimana isi pelajaran disusun dengan jujukan yang paling berkesan semasa persembahan
  • Ciri-ciri serta kadar pemberian ganjaran dan hukuman