Wednesday, December 5, 2018

Pembelajaran ICT Mengikut Tunjang KSPK


Tunjang dalam KSPK


1     1) Tunjang Keterampilan Diri 

·         Memupuk semangat kerjasama apabila aktiviti dijalankan secara berpasangan atau berkumpulan.
·         Memupuk sifat tanggungjawab pada tugas yang diberi.
·         Berasa seronok dan bangga dengan hasil kerja yang dilakukan.

     2)  Tunjang Fizikal & Estetika

            Perkembangan Fizikal
·       Membentuk kemahiran motor halus kanak-kanak melalui aktiviti memasukkan cakera ataupun disket ke dalam pemacu ataupun menekan butang tetikus dan menggunakan papan kekunci.
·       Meningkatkan koordinasi mata dan tangan apabila kanak-kanak membawa kursor ke tempat yang dipilih di atas skrin.
·       Membaiki kemahiran penglihatan apabila kanak-kanak mengesan pergerakan kursor di atas skrin.

Perkembangan Kognitif
·       Mengenal pasti dan mengasingkan objek mengikut ciri-ciri seperti warna, bentuk dan saiz melalui program pengasingan.
·       Menyusun dan mengatur mengikut saiz dan corak.
·       Membentuk kemahiran awal bacaan seperti mengaitkan label perkataan dengan gambar.
·       Memahami kesan dan akibat seperti, apa akan terjadi apabila kekunci ditekan dan maklum balas yang berlaku sepanjang program.
·       Memperluas kreativiti seperti menjalankan program yang menggalakkan penerokaan ataupun program membentuk grafik yang mudah.

      3)   Tunjang Komunikasi

·         Kaedah demonstrasi atau simulasi ini merupakan kaedah yang digunakan bagi pendekatan penggunaan komputer sebagai bahan pengajaran.
·         Model ini digunakan untuk menerangkan sesuatu konsep atau sesuatu masalah yang cuba diselesaikan. Antaranya ialah penerangan tentang konsep-konsep matematik dan juga bahasa. Menurut Laurillard (1993) di dalam Munir & Halimah Badioze Zaman (1999) mengatakan model simulasi atau demonstrasi boleh digunakan dalam program komputer, hal ini kerana program komputer menyediakan kemudahan tindak balas terhadap apa-apa makluman.
·         Sebagai contoh, pelajaran membaca boleh diwujudkan dengan modifikasi unsur-unsur yang ada dalam penggunaan komputer. Seperti menjadikan teks berklip, memasuki intonasi suara yang sesuai dan serasi serta menjadikan gambar animasi yang dapat menarik minat kanak-kanak untuk meniru dan menyebut perkataan yang tertera di komputer.
·         Oleh hal yang demikian, di dalam penerapan pendidikan kepada kanak-kanak, kaedah demonstrasi atau simulasi ini amat penting bagi pembelajaran bahasa dan literasi kanak-kanak melalui kaedah pendekatan komputer.

    4)  Tunjang Sains & Teknologi

            Perkembangan Awal Sains
·         Awal sains menyediakan peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka alam sekitar mereka menggunakan organ deria dan peralatan mudah.
·         Dalam proses penerokaan ini, sikap saintifik yang positif seperti sifat ingin tahu, sistematik dan teliti akan terbentuk. Semasa proses penerokaan ini, kemahiran asas proses sains seperti kemahiran memerhati, mengukur menggunakan unit bukan piawai, membanding dan mengelas juga akan dikembangkan. Penerokaan dijalankan ke atas alam kehidupan  (contoh : tumbuhan, haiwan), alam bahan (contoh: objek yang tenggelam dan timbul, air, magnet) dan alam fzikal (contoh : pelangi, cuaca). Tunjang ini lebih mementingkan pengusaan kemahiran daripada pemerolehan pengetahuan. Guru perlu bersikap terbuka terhadap pandangan dan dapatan daripada hasil penerokaan murid.
·         Ia juga menyediakan peluang kepada kanak-kanak empat hingga enam tahun untuk membuat pembinaan menggunakan objek seperti blok. Aktiviti pembinaan ini bukan sahaja memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mempelajari konsep penghubung, lingkungan serta awal matematik tetapi untuk meningkatkan daya kreativiti murid dan kemahiran motor halus.

Perkembangan Awal Matematik
·         Awal Matematik membekalkan pengalaman awal matematik kepada kanak-kanak. Pengalaman ini termasuk konsep pranombor, nombor, operasi nombor yang mudah, nilai wang, konsep waktu, bentuk dan ruang. Konsep matematik ini dipelajari pada masa yang khas dan juga disepadukan ke dalam semua aktiviti pembelajaran bertema menggunakan keadah yang menyeronokkan.
·         Ia juga menyediakan peluang kepada kanak-kanak menggunakan komputer untuk melakukan tugasan tertentu. Penggunaan komputer adalah di tahap kemahiran asas sahaja.

     5)  Tunjang Kemanusiaan

·         Tunjang kemanusiaan memberi peluang kepada kanak-kanak supaya lebih memahami diri sendiri, lebih memahami penghubungan antara diri dengan keluarga, rakan, komuniti dan alam sekitar.
·         Kanak-kanak juga akan lebih memahami tanggungjawab diri dalam perhubungan-perhubungan ini.
·         Tunjang ini juga memberi  penekanan kepada pemahaman budaya dan tradisi pelbagai kaum di Malaysia serta menggalakkan penglibatan dalam perayaan pelbagai kaum ini.
·         Tunjang kemanusiaan menggariskan skop dan konteks pembelajaran di prasekolah. Kandungan dalam tunjang ini boleh digunakan untuk membina tema-tema pembelajaran.

     6) Tunjang Kerohanian, Sikap & Nilai

            Perkembangan Pendidikan Islam
·         Pendidikan Islam memberi  pengetahuan dan kemahiran asas tentang Rukun Iman, Rukun Islam, Sirah Rasulullah dan kalimah Syahadah. Kanak-kanak prasekolah belajar bersuci, berwuduk, melakukan pergerakan solat, mencontohi beberapa akhlak Rasulullah dan melakukan amalan seharaian mengikut adab. 
·         Kanak-kanak ini juga mengenal asas bahasa Al Quran, huruf  hijaiyah dan jawi serta menghafaz beberapa surah pendek dan doa pilihan. Pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam dijalankan melalui aktiviti seperti bercerita, simulasi, menyanyi, bernasyid, aktiviti hands-on, meneroka dan bermain.

            Perkembangan Pendidikan Moral
·         Pendidikan  Moral  prasekolah memberi fokus kepada perlakuan moral yang dipupuk secara berterusan sepanjang masa kanak-kanak berada di prasekolah. Pendidikan Moral tidak dijalankan melalui aktiviti  yang spesifik tetapi diterapkan melalui semua aktiviti yang dijalankan dalam prasekolah.
·         Nilai-nilai murni Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan adalah seperti berikut : kepercayaan kepada Tuhan, baik hati, bertanggungjawab, keberanian, kejujuran, kerajinan, kerjasama, kesederhanaan, toleransi, berdikari dan berdisiplin.




Sunday, December 2, 2018

Kitar Pembelajaran

Jenis-jenis Kitar Pembelajaran

  • Deskriptif
  • Empirikal-abduktif
  • Hipotetikal-deduktif
Kitar Pembelajaran 4 Fasa
  • fasa penerokaan
  • fasa penjelasan
  • fasa memperluas
  • fasa penilaian (lihat rajah 1.1)

Rajah 1.1 Kitar Pembelajaran 4 Fasa

Fasa Penerokaan
Fasa pertama ini adalah fasa yang berorientasikan pelajar. Bagi merangsang ketidakseimbangan pelajar dan juga pengasuhan asimilasi mental, pelajar berinteraksi secara aktif dengan bahan pembelajaran dan juga rakan-rakan. Pada fasa ini, guru tidak memainkan peranan utama tetapi mencerap tingkah laku pelajar semasa mereka menjalankan aktiviti. 

Fasa Penjelasan
Fasa kedua adalah kurang berorientasikan pelajar apabila dibandingkan dengan fasa penerokaan. Fasa ini membenarkan guru membincangkan maklumat yang diperoleh semasa fasa pertama serta membantu kanak-kanak merekodkan maklumat itu. Guru menjelaskan dan cuba menambah maklumat yang pelajar sendiri temui dengan menggunakan beberapa cara seperti penjelasan terus, bahan bercetak, filem, video dan daripada sumber-sumber lain. Perkara yang penting dalam bagi guru dalam fasa ini adalah membimbing pemikiran pelajar supaya konsep yang hendak dikemukakan adalah dibina secara bekerjasama dan bukan secara diarah, diberi ataupun diajar secara pasif.

Fasa Perluasan
Fasa ini seperti mana fasa pertama mestilah dijalankan berorientasikan pelajar serta menggalakkan bekerjasama dalam kumpulan kecil. Tujuan utama fasa ini adalah membantu pelajar menyusun pengalaman mereka secara mental melalui perkaitan dengan pengalaman lampau yang agak sama dan dengan itu mencari jalan mengaplikasikan apa yang berjaya diperoleh pada situasi-situasi berbeza.

Fasa Penilaian
Kitar pembelajaran melibatkan beberapa fasa di mana proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Perkara ini bermakna pembelajaran berlaku dalam peningkatan yang sedikit demi sedikit dan bukan dalam satu lompatan yang besar. Beberapa jenis ukuran diperlukan bagi membina suatu penilaian holistik yang mampu mengenal pasti pembelajaran yang sudah berlaku serta merangsang pembinaan konsep secara mental dan juga kemahiran proses sains.

Kelebihan Kitar Pembelajaran
  • pandangan kanak-kanak tentang kejadian-kejadian yang berlaku dalam alam tabii adalah berbeza daripada pandangan orang dewasa
  • persepsi kanak-kanak timbul daripada perspektif serta pengalaman mereka sendiri
  • miskonsepsi ataupun konsepsi alternatif terbentuk dan menjadi halangan pembentukan konsep yang betul
  • melibatkan regulasi-kendiri iaitu proses mental secara aktif
  • ketika kanak-kanak membesar, mereka membina konsep-konsep kecil dan menyimpannya dalam bentuk satu struktur kognitif dalam minda mereka 

Seriasi

Pengenalan
  • Seriasi ialah kemampuan menyusun satu-satu objek mengikut susunan berat atau panjang secara urutan. 
  • Susunan lebih drpd dua objek mengikut turutan berdasarkan kriteria yg jelas. 
  • Perbandingan adalah konsep asas seriasi; melibatkan aktiviti membanding iaitu lebih drpd dua objek & seterusnya menempatkan objek2 itu dlm satu urutan kecil-besar dari mula hingga akhir. 
  • Bertujuan utk membolehkan murid mencari pertalian antara satu objek dgn objek yg lain/ konsep matematik yg lain. 
  • Kebolehan menyusun dan menertib adalah mengikut perkembangan konservasi dan pengelasan.


Konsep Seriasi
  • Kanak-kanak akan diajar untuk memilih dan menyusun objek2 mengikut ciri warna 
  • Kanak-kanak diajar untuk menyusun objek mengikut ciri bentuk 
  • Kanak-kanak diajar untuk menyusun objek mengikut ciri saiz 
  • Kanak-kanak diajar untuk menyusun objek mengikut kuantiti
  1. Pendek → panjang 
  2. Rendah → tinggi 
  3. Kecil → besar 
  4. Nipis → tebal 
  5. Sedikit → banyak

Contoh Aktiviti Seriasi
  • Menyususn Wang
  • Menyusun Pensil
  • Membina Kubus
Contoh lembaran kerja seriasi

Friday, November 30, 2018

Tingkah Laku Kanak-Kanak

🔍Tingkah Laku🔍
👀Apa itu tingkah laku ?  tingkah laku adalah apa yang dilakukan atau diperkatakan oleh seseorang individu. Selain itu, tingkah laku juga melibatkan semua tindakan manusia yang boleh diperhati, diukur dan dinilai dan sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar.
👀Terdapat dua jenis tingkah laku, iaitu:
  1. Tingkah Laku Positif
         Apakah yang dimaksudkan dengan tingkah laku positif ?. Tingkah laku positif adalah satu proses untuk perkembangan kanak-kanak secara seimbang. Selain itu, kanak-kanak juga akan berasa lebih bersemangat untuk melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Tingkah laku positif juga adalah sikap ingin tahu yang tinggi menyebabkan kreativiti kanak-kanak boleh dikembangkan melalui aktiviti yang dijalankan oleh guru. 
  • Contoh tingkah laku positif
  1. Tingkah laku ingin tahu- sikap ingin tahu yang tinggi terhadap sesuatu perkara yang dilihat.
  2. Tingkah laku cepat belajar- cepat menangkap atau 'catch up' sesuatu perkara yang baru dipelajari, dapat mempelajari sesuatu yang baru dengan cepat. 
  3. Tingkah laku pintar cerdas- sentiasa cepat dan pantas apabila menggunakan otak dan berfikir.
  4. Tingkah laku proaktif- sentiasa menunjukkan kesungguhan atau sikap maju ke depan berbanding kawan-kawan yang lain.
  • Faktor tingkah laku positif
    1. baka
    2. pengaruh tadika(guru)
    3. rakan sebaya
    4. keluarga
    5. keadaan fizikal bilik darjah
      2. Tingkah Laku Negatif
         Tingkah laku negatif pula merupakan tingkah laku yang mampu memberikan masalah dan                   mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.
  • Jenis tingkah laku negatif
  1. Tingkah laku merosakkan(destruktif)👉 tingkah laku agresif untuk melihat orang lain mengalami kesusahan atau menderita atau merasa seronok apabila orang lain mendapat malang seperti merosakan sesuatu alatan atau benda, mematahkan, menconteng dan lain-lain.
  2. Tingkah laku mengganggu(distruktif)👉 pelakuan melampau yang mengganggu orang lain atau sesi pengajaran dan pembelajaran seperti membuat bising, mengganggu rakan, menolak-nolak, bertumbuk,menjerit, bercakap dengan kuat dan lain-lain.
  3. Pengunduran diri👉 keadaan kanak-kanak yang menarik diri daripada sesuatu situasi atau keadaan kerana rasa rendah diri, rasa tidak selamat, rasa terancam, kurang kemahiran atau malu.
  4. Hiperaktif👉 keadaan kanak-kanak yang tidak boleh duduk diam, bergerak ke sana ke mari tanpa tujuan dan sukar dikawal. kanak-kanak ini tidak takut kepada orang, kerap menangis, suka ketawa, sukar beri tumpuan terhadap permainan atau kerja yang dilakukan dan mudah mengamuk apabila kehendak tidak dilayan. 
  5. Kebimbangan👉 kanak-kanak yang berkeadaan tidak tenteram atau kurang senang atau takut disebabkan guru dan murid lain akan memandang rendah terhadap dirinya. Contohnya, dalam pelaksanaan aktiviti.
  6. Pergantungan berlebihan👉 kanak-kanak yang bergantung secara berlebihan kepada orang lain seperti ibu bapa, guru, rakan sebaya dan tidak dapat berdikari atau membuat keputusan sendiri.
  • Faktor tingkah laku negatif
    1. keluarga
    2. peranan guru
    3. keadaan fizikal bilik darjah
    4. pengaruh rakan sebaya
☺Konsep pegurusan tingkah laku
    1. perancangan yang rapi
    2. tentukan individu atau kumpulan yang bermasalah tingkah laku
    3. teknik intervensi yang berkesan
    4. penilaian secara objektif
☺Kepentingan pengurusan tingkah laku
    1. pengurusan diri👉bertindak balas kepada kehendak semulajadi kanak-kanak yang memerlukan perhatian dan penerimaan.
    2. pendidikan👉 membolehkan murid-murid mengikuti pengajaran dan pembelajaran.
    3. sosialisasi👉mengurangkan kemungkinan kanak-kanak memperlihatkan tingkah lakukurang baik dalam usaha mendapatkan perhatian.




Wednesday, November 28, 2018

ICT Untuk Pembelajaran Penerokaan


Bagaimanakah ICT diguna untuk pembelajaran penerokaan ?

  Pendekatan ini serasi dan menyokong pendekatan construcitvism, iaitu teori pembeiajaran yang memberi penekanan kepada pemikiran kritis, penyelesaian masalah, pengalaman pembeiajaran yang autentik, dan pengetahuan yang dibina melalui interaksi sosial.
  Simulasi maya pembedahan katak Virtual Frog Disection Kit Version 2.0 yang dibangunkan oleh Lawrence Berkley National Laboratory boleh digunakan di dalam kelas Biologi. Capaian juga boleh dibuat di rumah, untuk tujuan ulangkaji.
  Bagi mengatasi masalah kelambatan capaian, guru boleh meminta bantuan guru yang mahir komputer untuk membuat pendua (mirror) kandungan laman ini ke dalam cakera keras tempatan dengan menggunakan perisian pendua web seperti WinHTTrack.
  Selain daripada mengakses maklumat terus daripada lnternet, guru juga boleh menggunakan maklumat yang disimpan di dalam CD-ROM seperti ensikiopedia, pangkalan data, dan lain-lain maklumat yang boleh diperolehi di pasaran.
  Guru perlu mengawal masa kerana pembelajaran penerokaan mungkin memakan masa yang terlalu panjang.

Apakah kelebihan menggunakan ICT untuk pembelajaran penerokaan ?

  Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menentukan haluan dan kemajuan pembelajaran masing-masing. 
  Mendorong kanak-kanak terlibat secara lebih aktif dalam pembelajaran.
  Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menangani masalah sebenar di dalam kelas.
  Memberi peluang kepada guru menerapkan teori pembelajaran moden seperti constructivism, multiple intelligence dan lain-lain.




Friday, November 23, 2018

Cara penyimpanan EBM


Cara simpan susu ibu

  • Perah 2 minggu selepas bersalin 
  • Perah pada bila-bila masa sekiranya masih terasa penuh 
  •  Jika bayi menyusu di sebelah payudara sahaja, perah susu pada sebelah payudara lagi 
  •  Pilih bekas yang sesuai 
    • Bekas plastik 
    • Botol Kaca 
    • Botol tanpa puting (bebas BPA) 

  • Bekas yang bersih dan tertutup 
  •  Kuantiti susu yang mencukupi untuk sekali penyusuan (2oz- 5oz) 
  •  Labelkan tarikh dan masa perahan pada bekas susu perahan 
  • Pastikan susu yang disimpan di dalam bekas hanya ¾ penuh supaya susu tidak melimpah keluar ketika proses pembekuan 
  • Amalkan first in first out (FIFO) 
    • penting untuk mengelakkan susu yang disimpan melangkaui jangka hayat yang dibenarkan. Gunakan susu yang dipam lebih awal terlebih dahulu 
  •  Simpan di dalam peti sejuk 
    • sentiasa simpan susu di bahagian paling sejuk di dalam peti sejuk @ di bahagian sejuk beku. 



Cara membawa stok susu dalam perjalanan jauh
  •  Masukkan ais + garam ke dalam ice box 
  •  Masukkan susu frozen 
  •  Taburkan sekelilingnya dengan ais + garam 
  •  Tutupkan dengan tuala yang lembab 
  • Tutup bekas ice box.




Jadual Tempoh Simpanan Susu










  
CARA MENCAIRKAN EBM
 Haba dan kepanasan melampau boleh memusnahkan enzim, antibodi dan komponen-komponen nutrien penting dalam susu ibu. Oleh itu, perahan susu ibu yang disejukkan @ dibekukan perlu dicairkan dengan kaedah yang betul untuk mengurangkan kehilangan nutrien daripadanya.

·         Susu dari bahagian sejuk
  Lalukan botol susu di bawah aliran air untuk beberapa ketika
  Rendam botol susu di dalam mangkuk berisi air suam selama 5 minit. Jika air menjadi sejuk dan susu belum mencapai suhu yang diingini, tukarkan air rendaman dan rendam lagi untuk beberapa ketika
  Jika dapati susu didalam botol terpisah kepada 2 bahagian, goyangkan botol untuk beberapa ketika bagi mencampurkan bahagian-bahagian yang terpisah dan menyamaratakan suhunya
  Rasai suhunya sekali lagi sebelum menyusu bayi anda

·         Susu dari bahagian sejuk beku

  Turunkan beberapa botol susu daripada bahagian sejuk beku ke rak atas bahagian sejuk pada sebelah malam supaya pencairan boleh berlaku secara perlahan.
  Apabila bersedia untuk beri kepada bayi, keluarkan satu botol daripada peti sejuk dan cairkan serta panaskan susu



Kesalahan Dalam Pengendalian Susu Ibu

1-Perubahan suhu yang mendadak
            - selepas pam susu, terus bekukan
            - bawa turun susu yang beku dari     frozen dan      terus panaskan
            - panaskan susu dengan air mendidih

  Kesan/ risiko
Jika dipanaskan dengan air mendidih @ jika berlaku perubahan suhu yang mendadak  khasiat susu ibu akan hilang dan musnah

  Sepatutnya
      selepas pam susu, biarkan susu pada suhu bilik, kemudian sejukkam dahulu di bahagian chiller dan baru bekukan.
      untuk panaskan, bawa turun dulu susu beku dan biarkan ia mencair di peti ais bawah @ bawah aliran air paip biasa. Setelah sepenuhnya mencair, baru panaskan dengan air suam.

2- Goncang susu ibu
·        Kesalahan
Setelah panaskan susu, anda goncang susu tersebut

·        Kesan/risiko
susu ibu akan rosak.bila susu ibu digoncang, ia akan memusnahkan molekul susu ibu dan “patahkan” molekul protien dalam susu ibu protien dalam susu ibu penting untuk “memelihara” kesihatan usus dan perut bayi

·        Sepatutnya
Hanya  goyang botol susu secara perlahan sehingga susu ibu sebati (bercampur)

3-Guna susu yang telah rosak
·        Kesalahan
Bayi diberi susu yang lebih 1 jam setelah dipanaskan, dan simpan baki susu yang tidak habis

·        Kesan/risiko
Bayi berisiko sakit dan kembung perut akibat minum susu ibu yang telah rosak. Susu ibu mengandungi sel hidup dan cepat rosak kerana ia sangat sensitif dengan pembiakan bakteria di dalam udara sekeliling

·        Sepatutnya
      susu yang sudah sampai tarikh “expired”
      susu yang sudah dipanaskan lebih dari 1 jam
      susu yang lebih 4 jam pada suhu bilik
Perlu dibuang dan tidak perlu disimpan

4- Mencampur susu ibu
·        Kesalahan
Ø Pam susu pada waktu pagi, kemudian simpan di peti ais.
Ø Ketika tengah hari, pam susu dan kemudian mencampurkan susu yang baru di pam kedalam bekas yang pam pagi tadi
§  Risiko
Ø Susu mudah rosak dan khasiat hilang kerana perubahan suhu yang mendadak. Kandungan susu ibu juga berbeza setiap masa dan setiap hari

  Sepatutnya
Ø Susu yang dipam pada hari yang sama, tetapi masa yang berbeza boleh dicampur.
Ø Syaratnya SUHU PERLULAH SAMA
Ø Jika menggunakan single pam, sejukkan dulu susu dalam botol pam sesi 1. Bila pam sesi 2 , sejukkan pula botol ke 2.
Ø Setelah kedua-dua susu sejuk (sama suhu iaitu sejuk peti ais), boleh dicampurkan

5- Kedudukan susu ibu dalam peti ais
  Kesalahan
      Susu ibu disimpan di bahagian rak tepi pintu dalam peti ais. Malah, diletakkan bersebelahan dengan bahan basah seperti ayam, ikan, udang atau lauk pauk yang tidak tertutup
  Risiko
      Pintu peti ais kerap dibuka, dan suhu peti ais adalah tidak stabil.  Jadi, susu ibu cepat rosak kerana tidak tahan lama.
      Bau bahan basah seperti ayam, ikan, udang dan lauk- pauk akan meresap molekulnya kedalam susu ibu, akibatnya susu menjadi tidak sedap dan berbau yang tidak enak seperti hanyir dan busuk
      Masalah bayi tidak mahu minum susu yang di simpan.
  Sepatutnya
      Susu ibu perlu disimpan di bahagian dalam peti ais. Sebolehnya, khaskan 1 rak hanya untuk letakkan susu ibu.
      Bahan basah (ayam,ikan, udang) di bahagian frozen, perlu disimpan dalam bekas tertutup yang kedap bau supaya bau bahan mentah tidak menyerap ke dalam susu.
      Lauk-pauk yang berbau perlu ditutup samaada dengan plastik makanam @ disimpan dalam bekas tertutup.

Tuesday, November 20, 2018

Bentuk Dan Ruang

Pengenalan

  • Penting bagi kanak-kanak untuk menentukan ketepatan menggunakan perkataan yang merujuk kepada kedudukan objek. 
  • Cth; di antara, di atas, di tepi, di bawah, di sebelah, jauh dsb. 
  • Kebolehan menggunakan perkataan ini adalah penting untuk mereka maju dalam bidang matematik seperti mengenal bentuk dan ruang. 
  • Konsep ruang perlu dikuasai sepenuhnya oleh mereka agar dapat menyelesaikan masalah aktiviti di persekitaran mereka.
  • Di prasekolah kanak-kanak belajar tentang geometri dalam konsep matematik melalui ‘hand-on’
  • Kebiasaan bahan material sprti blok, kotak dll 
  • Contoh: permainan ‘bentuk dan cari’

Konsep Ruang


  • Kanak-kanak mengambil masa yang lama untuk menyedari bahawa ruang mempunyai struktur dan susunan/ tertib dari segi susunan, arah, dan jarak bagi objek di dalamnya. 
  • Mereka perlu faham akan hubungan dari segi ruang antara objek di sekeliling mereka bahawa objek-objek itu berhubung kait dari segi kedudukan, arah, jarak, dan susunan (pola) antara satu sama lain.

Rajah 1

Rajah 2