Wednesday, October 31, 2018

Penggunaan Komputer Di Peringkat Awal Kanak-Kanak


Penggunan komputer boleh didedahkan kepada kanak-kanak daripada kecil lagi. Terdapat bukti penyelidikan yang menunjukkan kanak-kanak berumur dua tahun boleh mula didedahkan kepada komputer (Rohani,Sin,Cheah & Rosazizi, 2003; Webb dan Rowe, 1995). Menurut Dodge dan Colker (1988) pula, penggunaan komputer di kalangan kanak-kanak berkembang mengikut peringkat. Ia mempunyai tiga peringkat, iaitu :
  • ·         Permainan berfungsi
  • ·         Permainan sebab – musabab
  • ·         Permainan berperaturan

Permainan Berfungsi

            Pada peringkat ini, kanak-kanak memerlukan banyak bantuan orang dewasa ketika menggunakan komputer. Ketika ini, kanak-kanak suka meneroka, menguji dan mengenal ciri-ciri yang terdapat pada komputer. Semasa kanak-kanak berdepan dengan komputer, mereka akan tertarik dengan apa yang berlaku apabila mereka membuat sesuatu pada komputer. Mereka akan berpuas hati dengan tindak balas yang berlaku sekiranya bahagian daripada komputer disentuh.Pada peringkat ini, kanak-kanak boleh diajar mengenai bahagian komputer serta cara menggunakan komputer. Selain itu, meraka perlu diajar cara menggunakan komputer dengan betul dan selamat. Seterusnya, mereka boleh diajar bersabar menunggu ketika membuka komputer sehingga komputer sedia untuk digunakan. Selain itu, boleh diajar cara memegang disket / CD dan cara menyimpan disket / CD supaya tidak rosak.

Permainan Sebab-Musabab

            Pada peringkat ini, kanak-kanak semakin kreatif dan banyak berfikir ketika menggunakan komputer. Misalnya, apabila mereka hidupkan komputer, komputer akan mula dengan mengeluarkan pelbagai bunyi dan lampu, apabila mereka tekan pada papan kekunci komputer ataupun klik tetikus, sesuatu akan terpapar di skrin monitor. Pada peringkat ini juga, mereka boleh didedahkan kepada perisian yang dapat membantu mereka mengoperasi program.

Permainan Berperaturan

            Pada peringkat permainan ini, kanak-kanak sudah mahir mengawal fungsi bahagian komputer. Mereka juga dapat mengikut arahan, bertindak balas dan menyesuiakan penggunaan komputer mengikut keperluan perisian. Selain itu, mereka juga dapat menggunakan komputer sebagai alat permainan ataupun sumber maklumat.







Tuesday, October 30, 2018

Pengenalan Sains Awal Kanak-Kanak

Definisi dan Konsep Sains Awal Kanak-kanak

Pengertian Sains
Mengikut Abrusco (1982), sains adalah proses yang melibatkan kemahiran intelek dan manipulatif bagi mendapatkan maklumat berhubung alam semulajadi. Sains juga merupakan pengetahuan yang diperoleh melalui aplikasi proses saintifik. Pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperoleh melalui pengalaman sains seharusnya dapat membantu kanak-kanak memahami dan mencorakkan alam sekeliling. 

Dalam pendidikan awal kanak-kanak, proses sains adalah suatu pembelajaran yang dapat mengalakkan minat ingin tahu, meneroka persekitaran, meramal, memerhati, menjalankan uji kaji dam membuat inferens. Dengan bantuan dan bimbingan orang dewasa, kanak-kanak mampu memahami dan menggunakan taakulan saintifik yang merangkumi perancangan, membuat ramalan, memerhati dan menyediakan laporan.

Tujuan Pendidikan Sains
  • membantu meningkatkan perkembangan bahasa dan kemahiran kanak-kanak
  • memberi peluang kepada kanak-kanak mengkaji perhubungan kesan dan akibat 
  • membantu kanak-kanak menguasai kemahiran berfikir secara kreatif, kritis, analitis dan sistematik dalam membuat penaakulan
  • membantu kanak-kanak membina dan menghayati sikap dan nilai murni


Kepentingan Pendidikan Awal Sains Kanak-kanak
Proses Pendidikan Awal Sains kanak-kanak pada peringkat awal menekankan konsep pembelajaran aktif. justeru, aktiviti-aktiviti yang dirancang perlulah bercorak Hands-on yang mana ia dapat melibatkan kanak-kanak secara aktif melalui interaksi. Ini kerana kanak-kanak belajar memahami sesuatu konsep dengan baik melalui pemerhatian, sentuhan, rasa dan manipulasi bahan bagi membina kefahaman konflik.

  • Menyumbang dalam perkembangan intelek kanak-kanak (Harlan,1992). Sains melibatkan pelbagai proses
  • Mengembangkan bahasa dan kefahaman semasa menerang dan merekod disamping meningkatkan kosa kata
  • Meningkatkan daya ingatan dan kebolehan mengelas
  • Mengukuhkan perkembangan sosial dan emosi di mana proses sains dapat mengalakkan interaksi, bekerja dalam kumpulan dan meningkatkan keyakinan diri. Contohnya, semasa membuat eksperimen
  • Penglibatan kanak-kanak dalam penerokaan, penemuan sesuatu yang baru dan penyelesaian masalah adalah sesuatu yang menyeronokkan

Monday, October 29, 2018

Persekitaran Pembelajaran Yang Responsif


  • Definisi persekitaran pembelajaran yang responsif


persekitaran pembelajaran yang responsif ialah tempat murid dapat melibatkan diri, mengambil bahagian dan menumpukan perhatian dalam pembelajaran. persekitaran ini mempunyai keupayaan untuk merangsang minat dan semangat murid untuk terus belajar.


  • Konsep Persekitaran Pembelajaran

menurut Evertsin, Emner & Worsham(2003), antara prinsip-prinsip persekitaran fizikal bilik darjah ialah lalu-lintas didalam kelas, persekitaran yang mudah untuk guru memantau, bahan pengajaran dan pembelajaran yang disusun secara rapi serta memastikan murid dapat memerhati persembahan atau demostrasi dengan mudah.

penyusunan alatan dan perabot didalam bilik darjah hendaklah menepati keperluan bagi warga didalamnya. oleh itu, terdapat beberapa faktor yang memerlukan guru menyusun atur susunan bilik darjah yang mana ia mementingkan elemen untuk membina satu suasana yang mempamerkan autoriti, stail pengajaran dan dapat menimbulkan rasa keupayaan antara murid dan guru.


  • Faktor-Faktor Yang Memberikan Kesan Kepada Bilik Darjah

  1. susunan perabot
susunan meja dan kerusi amat penting kerana ia merupakan salah satu faktor yang memberi kesan besar kepada bilik darjah. ia melibatkan kekreatifan guru kelas dalam membina suasana bilik darjah yang tersusun rapi dan selesa untuk belajar. susunan yang baik akan dapat memudahkan pergerakan lalu-lintas murid serta guru , kebersihan kelas juga mudah untuk dipantau dan dijaga, memudahkan murid berinteraksi sesama mereka dan guru juga boleh berinteraksi, bergerak dan melihat aktiviti yang murid-murid lakukan dengan lebih jelas. selain itu, murid juga dapat menlihat guru dengan lebih jelas semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

       2. peralatan

peralatan juga faktor yang penting bagi memastikan perjalanan sesi pengajaran dan pembelajaran didalam bilik darjah dan juga sebagai pemudah cara kepada guru untuk menyampai ilmu. antara jenis-jenis peralatan didalam bilik darjah adalah:

a)peralatan pembelajaran-peralatan muzik dan peralatan fizikal dan sukan.
b)perabot ruang pembelajaran- rak buku dan rak menyimpan barang mainan.
c)peralatan elektrik dan elektronik- televisyen, radio dan komputer.
d)peralatan kelas- meja dan kerusi

         3. pengudaraan dan pencahayaan

apakah kepentingan udara ? mengapa pengudaraan penting bagi sesebuah bilik darjah ? sebelum anda menjawab pertanyaan ini, cuba tahan nafs anda. selesakah anda sekiranya berada dalam keadaan yang lemas dan sukar bernafas ? tentu sukar bukan. begitulah juga situasi semasa berada didalam bilik darjah. jika bilik darjah tersebut tidak mempunyai laluan pengudaraan yang baik maka suasana didalam kelas tersebut akan menjadi panas lebih malang lagi apabila tiba musim panas yang kering. bukan itu sahaja, guru pun tidak akan dapat mengajar dalam keadaan sebegitu. oleh sebab itu, pentingnya tingkap-tingkap yang berfungsi dan pintu yang mencukupi bagi memastikan pengaliran udara kedalam kelas berlaku dengan  baik. 

cahaya juga penting untuk menjadikan bilik darjah responsif selain daripada keperluan pengaliran udara. minat dan semangat untuk belajar akan jadi suram kerana ketiadaan cahaya yang mencukupi boleh menyebabkan murid mengantuk,bosan dan rimas.

         4. ruang

ruang bilik darjah yang cukup memudahkan murid bergerak dengan selamat dan selesa kepada murid-murid. mereka tidak perlu berasak-asak dan mereka dapat menjalankan aktiviti berkumpulan atau permainan dengan lebih berkesan. guru juga boleh menyediakan pelbagai aktiviti-aktiviti multimedia atau interaktif di setiap sudut pembelajaran untuk menarik minat murid. dan secara tidak langsung memudahkan guru mengajar.


  • Ciri-Ciri Persekitaran Yang Responsif

1)hubungan yang saling hormat-menghormati di antara guru dengan muridnya.
2)kesukarelaan murid menerima aspirasi dan peraturan bilik darjah yang diaturkan oleh pihak pentadbiran sekolah.
3)perasaan kekitaan yang timbul di antara murid-murid dan guru-guru sebagai sebuah keluarga yang mesra dan bahagia.
4)kewujudan satu keadaan yang setiap murid melibatkan diri dalam kegiatan keilmuan dalam setiap kesempatan, termaksud usaha menggunakan  bahasa dengan betul dan sesuai.

Sunday, October 28, 2018

Pengenalan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Assalamualaikum semua !!
Definisi 

Teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) atau Information and Communication Technology (ICT) ia merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Tajuk ini merangkumi banyak aspek iaitu berkenaan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah, penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu. Apa pula yang dimaksudkan dengan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam proses pembelajaran dan pengajaran (P&P) ? Maksudnya adalah secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan dalam pembelajaran dan pengajaran (P&P).

Kepentingan TMK dalam P&P awal kanak-kanak
  • Dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran dalam proses P&P.
  • Proses P&P akan lebih menarik dan berkesan.
  • Mempelbagaikan proses P&P dan bukan hanya tertumpu pada pengkuliahan sahaja.
  • Kanak-kanak akan lebih menguasai teknologi-teknologi terkini
  • Memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua kanak-kanak yang pelbagai keupayaan.
  • Membantu kanak-kanak menjelajah dunia internet secara tidak langsung membantu perkembangan kognitif kanak-kanak.
  • Mereka dapat membuat projek kelas menggunakan komputer dengan bantuan internet.
  • Dapat membantu kanak-kanak untuk berinteraksi dengan kanak-kanak dari luar negara serta memperoleh maklumat dari seluruh dunia.
ICT / TMK sebagai alat rangsangan dalam P&P

Penggunaan komputer sebagai alat rangsangan pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam kelas adalah suatu inovasi baru dalam pendidikan awal kanak-kanak. Penggunaan komputer dalam proses P&P juga sememangnya menjadi salah satu agenda penting dalam sistem pendidikan kini bagi melahirkan generasi celik komputer. Melalui komputer, kanak-kanak mendapat pelbagai pengalaman dengan meneroka dan belajar melalui pelbagai perisian yang terdapat di pasaran masa kini. Selain itu, pembelajaran berbantu komputer dapat memenuhi keperluan kanak-kanak yang mempunyai stail pembelajaran dan kemahuan tersendiri. Melalui penggunaan komputer juga kanak-kanak diberi kebebasan membuat pilihan daripada segi jenis tahap pembelajaran yang mereka ingin ikuti. Mereka juga dapat meneruskan pembelajaran dengan lebih lanjut dan mendalam, bergantung pada reaksi mereka kepada sesuatu perisian komputer. Terdapat pelbagai perisian daripada website  yang boleh digunakan sebagai alat rangsangan kepada kanak-kanak. 

Antara perisian daripada website.




























Tuesday, October 23, 2018

Tokoh Matematik & Teori dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak


  • Jean Piaget

Tokoh ini memperkenalkan teori perkembangan kognitif. Terdapat 4 peringkat perkembangan kognitif iaitu :

UMUR
PERINGKAT
KETERANGAN
0-2
Sensori motor
Menggunakan pancaindera sprti pendengaran, perhatian dan aktiviti motor untuk meneroka
2-6
Praoperasi
Menggunakan simbol untuk mewakili pemahaman  sendiri bagi sesuatu objek. Contoh guna pensil sebagai motor. (imaginasi)
6-12
Praoperasi konkrit
Perkembangan dalaman mental seperti penambahan dan penolakan.
Kanak2 boleh melakukan operasi pada imej @ objek yang nyata dan konkrit (abstrak)
12 tahun ke atas
Operasi konkrit
Memahami aspek yang yang abstrak dan logik.
Mampu menyusun idea secara sistematik dan menjangka akibat.


Ujian Konservasi

➧ Ketekalan (consistency) merupakan satu aspek yg boleh dikaitkan dgn jisim, isipadu dan keluasan.
➧ Bertujuan utk memastikan murid2 memahami ketekalan jisim dan isipadu walaupun diletakkan,          disusun/ diatur di tempat/ keadaan yg berbeza.
  1. Pengekalan kuantiti atau bilangan 
Rajah 1
           Soalan 1 : Adakah sama bilangan duit di setiap baris di petak A?

           Soalan 2 : Adakah bilangan duit masih sama ataupun ada yang lebih banyak pada kedua-dua                                petak tersebut?

       2. Pengekalan ruang 

A                       B
C                             D

            Soalan pada Rajah 1: Adakah setiap lembu memakan jumlah rumput yang sama?

            Soalan pada Rajah 2: Mana satu jumlah rumput yang banyak dimakan lembu?


        3. Pengekalan isipadu 

A         B
B                        C







        






            Soalan Rajah 1: Adakah kedua-dua air di dalam bekas adalah sama?

            Soalan Rajah 2: Adakah jumlah air di dalam bekas masih sama atau salah satunya lebih                        banyak?


        4. Pengekalan berat

A                 B
C                       D














          Soalan rajah 1: Adakah berat plastisin pada setiap bola adalah sama?

          Soalan rajah 2: Adakah berat plastisin masih sama atau salah satunya lebih?


  • Jerome Bruner
➧ Teori bruner adalah ungkapan dari Piaget – kanak-kanak berperanan secara aktif di dlm kelas.
➧ Konsepnya belajar dgn menemui/meneroka (discovery learning)
➧ Guru beri peluang kpd knk2 utk menjadi penyelesai masalah (problem solver)

Terdapat 3 peringkat menurut Bruner iaitu :
  1. Enaktif  (0-2 tahun)
  • Guna deria motor & deria yang lain untuk meninjau & memahami persekitaran 
  • Pembelajaran berdasarkan pergerakan anggota kanak-kanak  
      2. Ikonik (2-4 tahun)
  • Pembelajaran kanak-kanak menggunakan otak untuk berfikir 
  • Menggambarkan imej dalam fikiran mereka
      3. Simbolik (5-7 tahun)
  • Kanak-kanak boleh berfikir menggunakan bahasa
  • Penggunaan konsep dan Bahasa berkembang
  • Boleh memanipulasi simbol

Fasa-fasa Proses Belajar







  • Lev Vygotsky
➧ Menekankan interaksi antara aspek internal dan eksternal dari pembelajaran dan penekanannya          pada lingkungan sosial pembelajaran.
➧ Vygotsky (1978) states: “Every function in the child’s cultural development appears twice: first, on    the social level, and later, on the individual level”

2 Katogeri Teori Lev Vygotsky

➧ Zone of Proximal Development ( ZPD )


➧ Scaffolding
  • Perbualan dan lnteraksi adalah alat yang penting semasa proses 
  • Bercakap sendiri ini menolong kanak-kanak tersebut merancang dan mengawal tingkah laku mereka sendiri.

Monday, October 22, 2018

Penjagaan dan Asuhan dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Definisi

PENJAGAAN: adalah hasil perbuatan yang berkait dengan peranan “menjaga”yang dilakukan oleh penjaga.

ASUHAN : Mendidik, peliharaan, penjagaan, tunjuk ajar dan bimbingan
Perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak yang berkualiti bermula dari pemakanan yang sihat dan seimbang. Kaum ibu perlu mempunyai pengetahuan yang luas tentang penyedian pemakanan yang lengkap dan berkhasiat untuk anak-anak. pemakanan yang sihat adalah pemakanan yang mempunyai nutrisi yang lengkap dan seimbang.
Pemakanan ialah:

Sains menilai makanan termasuk berbagai-bagai kumpulan makanan, makanan berzat dan perseimbangan makanan.
Pengkajian untuk semua proses pertumbuhan, pengekalan dan membaiki kehidupan badan yang bergantung kepada penghadaman makanan dan pengkajian tentang makanan tersebut.


Piramid makanan
Pemakanan seimbang:


TASKA perlu menyediakan permakanan yang seimbanag, mengikut Garis Panduan Pemberian Makanan Bayi dan Kanak-kanak
  • penyediaan makanan seimbang
  • penyusuan susu ibu


Prinsip pemberian makanan
  • Amalkan penyusuan susu ibu secara eksklusif dari lahir hingga anak berusia enam bulan. Makanan pelengkap perlu diberi mulai enam bulan (180 hari) – teruskan penyusuan susu ibu sehingga 2 tahun
  • Tingkatkan amaun dan kekerapan pemberian makanan mengikut umur
  • Pelbagaikan jenis makanan bagi penuhi keperluan nutrien 
  • Ubah tekstur dan cara penyediaan makanan mengikut perkembangan 
  • Pemberian makanan secara responsif dengan prinsip penjagaan psikososial
  • Penyediaan, pengendalian dan penyimpanan makanan secara selamat 
  • Semasa sakit, berikan bayi dan kanak-kanak lebih air dan cecair lain. Beri hidangan yang kecil tetapi kerap

Friday, October 12, 2018

Pengenalan Matematik Awal Kanak-Kanak

Pengenalan 

  • Istilah matematik dalam bahasa Inggeris ialah mathematics yang berasal daripada bahasa Latin (Yunani) iaitu matehematicus.
  • Menurut Mok Soon Sang (1995), matematik mengandungi unsur-unsur yang utama iaitu simbol (nombor, bentuk).
  • Bahasa matematik merupakan satu cabang ilmu pengetahuan yang timbul daripada proses penaakulan.
  • Menurut Nor Azlan (1987), kebolehan matematik adalah asas kemahiran yang diperlukan bagi menjalani kehidupan seharian.
  • Asas perkembangan matematik kanak-kanak bermula daripada pengalaman kanak-kanak berkaitan benda-benda konkrit/objek yang mengandungi kuantiti & kualiti objek seperti warna, saiz dan bentuk yang berbeza-beza serta memanipulasi nombor-nombor yang ada di sekeliling mereka.

Konsep yang boleh dibentuk melalui Matematik
  • Mengelaskan dan memadankan objek melalui aktiviti mengasing dan menyusun barang mainan dan objek lain.
  • Mengenal ciri seperti warna, saiz dan bentuk melalui aktiviti memerhati serta menyentuh objek.
  • Mengenal nama nombor apabila mereka mendengar pertuturan, cerita, menyanyikan lagu/pantun kanak-kanak.
  • Menentukan nilai nombor melalui aktiviti memilih, membanding dan mengumpul objek.

Objektif Pendidikan Matematik

Menurut Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (2003 ), objektifnya adalah seperti berikut :
  1. Mengambil bahagian dalam aktiviti matematik bermula daripada aktiviti menggunakan bahan konkrit kepada abstrak.
  2. Memberi peluang memegang, meneroka bahan, mengubahsuai bahan yang berkaitan dengan idea matematik.
  3. Menyedari konsep ruang, masa dan menggunakan simbol.
  4. Memberi peluang mengembangkan kemahiran mengelas, membanding, turutan, menyukat, graf, membilang dan operasi nombor.