Friday, October 12, 2018

Pengenalan Matematik Awal Kanak-Kanak

Pengenalan 

  • Istilah matematik dalam bahasa Inggeris ialah mathematics yang berasal daripada bahasa Latin (Yunani) iaitu matehematicus.
  • Menurut Mok Soon Sang (1995), matematik mengandungi unsur-unsur yang utama iaitu simbol (nombor, bentuk).
  • Bahasa matematik merupakan satu cabang ilmu pengetahuan yang timbul daripada proses penaakulan.
  • Menurut Nor Azlan (1987), kebolehan matematik adalah asas kemahiran yang diperlukan bagi menjalani kehidupan seharian.
  • Asas perkembangan matematik kanak-kanak bermula daripada pengalaman kanak-kanak berkaitan benda-benda konkrit/objek yang mengandungi kuantiti & kualiti objek seperti warna, saiz dan bentuk yang berbeza-beza serta memanipulasi nombor-nombor yang ada di sekeliling mereka.

Konsep yang boleh dibentuk melalui Matematik
  • Mengelaskan dan memadankan objek melalui aktiviti mengasing dan menyusun barang mainan dan objek lain.
  • Mengenal ciri seperti warna, saiz dan bentuk melalui aktiviti memerhati serta menyentuh objek.
  • Mengenal nama nombor apabila mereka mendengar pertuturan, cerita, menyanyikan lagu/pantun kanak-kanak.
  • Menentukan nilai nombor melalui aktiviti memilih, membanding dan mengumpul objek.

Objektif Pendidikan Matematik

Menurut Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (2003 ), objektifnya adalah seperti berikut :
  1. Mengambil bahagian dalam aktiviti matematik bermula daripada aktiviti menggunakan bahan konkrit kepada abstrak.
  2. Memberi peluang memegang, meneroka bahan, mengubahsuai bahan yang berkaitan dengan idea matematik.
  3. Menyedari konsep ruang, masa dan menggunakan simbol.
  4. Memberi peluang mengembangkan kemahiran mengelas, membanding, turutan, menyukat, graf, membilang dan operasi nombor.

1 comment: