🔍Tingkah Laku🔍
👀Apa itu tingkah laku ? tingkah laku adalah apa yang dilakukan atau diperkatakan oleh seseorang individu. Selain itu, tingkah laku juga melibatkan semua tindakan manusia yang boleh diperhati, diukur dan dinilai dan sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar.👀Terdapat dua jenis tingkah laku, iaitu:
- Tingkah Laku Positif
Apakah yang dimaksudkan dengan tingkah laku positif ?. Tingkah laku positif adalah satu proses untuk perkembangan kanak-kanak secara seimbang. Selain itu, kanak-kanak juga akan berasa lebih bersemangat untuk melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Tingkah laku positif juga adalah sikap ingin tahu yang tinggi menyebabkan kreativiti kanak-kanak boleh dikembangkan melalui aktiviti yang dijalankan oleh guru.
- Contoh tingkah laku positif
- Tingkah laku ingin tahu- sikap ingin tahu yang tinggi terhadap sesuatu perkara yang dilihat.
- Tingkah laku cepat belajar- cepat menangkap atau 'catch up' sesuatu perkara yang baru dipelajari, dapat mempelajari sesuatu yang baru dengan cepat.
- Tingkah laku pintar cerdas- sentiasa cepat dan pantas apabila menggunakan otak dan berfikir.
- Tingkah laku proaktif- sentiasa menunjukkan kesungguhan atau sikap maju ke depan berbanding kawan-kawan yang lain.
- Faktor tingkah laku positif
- baka
- pengaruh tadika(guru)
- rakan sebaya
- keluarga
- keadaan fizikal bilik darjah
2. Tingkah Laku Negatif
Tingkah laku negatif pula merupakan tingkah laku yang mampu memberikan masalah dan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.
- Jenis tingkah laku negatif
- Tingkah laku merosakkan(destruktif)👉 tingkah laku agresif untuk melihat orang lain mengalami kesusahan atau menderita atau merasa seronok apabila orang lain mendapat malang seperti merosakan sesuatu alatan atau benda, mematahkan, menconteng dan lain-lain.
- Tingkah laku mengganggu(distruktif)👉 pelakuan melampau yang mengganggu orang lain atau sesi pengajaran dan pembelajaran seperti membuat bising, mengganggu rakan, menolak-nolak, bertumbuk,menjerit, bercakap dengan kuat dan lain-lain.
- Pengunduran diri👉 keadaan kanak-kanak yang menarik diri daripada sesuatu situasi atau keadaan kerana rasa rendah diri, rasa tidak selamat, rasa terancam, kurang kemahiran atau malu.
- Hiperaktif👉 keadaan kanak-kanak yang tidak boleh duduk diam, bergerak ke sana ke mari tanpa tujuan dan sukar dikawal. kanak-kanak ini tidak takut kepada orang, kerap menangis, suka ketawa, sukar beri tumpuan terhadap permainan atau kerja yang dilakukan dan mudah mengamuk apabila kehendak tidak dilayan.
- Kebimbangan👉 kanak-kanak yang berkeadaan tidak tenteram atau kurang senang atau takut disebabkan guru dan murid lain akan memandang rendah terhadap dirinya. Contohnya, dalam pelaksanaan aktiviti.
- Pergantungan berlebihan👉 kanak-kanak yang bergantung secara berlebihan kepada orang lain seperti ibu bapa, guru, rakan sebaya dan tidak dapat berdikari atau membuat keputusan sendiri.
- Faktor tingkah laku negatif
- keluarga
- peranan guru
- keadaan fizikal bilik darjah
- pengaruh rakan sebaya
- perancangan yang rapi
- tentukan individu atau kumpulan yang bermasalah tingkah laku
- teknik intervensi yang berkesan
- penilaian secara objektif
- pengurusan diri👉bertindak balas kepada kehendak semulajadi kanak-kanak yang memerlukan perhatian dan penerimaan.
- pendidikan👉 membolehkan murid-murid mengikuti pengajaran dan pembelajaran.
- sosialisasi👉mengurangkan kemungkinan kanak-kanak memperlihatkan tingkah lakukurang baik dalam usaha mendapatkan perhatian.
info yang berguna. Blog pon menarik .saya suka hahah
ReplyDeleteTerima Kasih Puan .Halalkan ilmu yang saya dapat ye .
ReplyDeletewa cantiknye blog.
ReplyDeleteAssalamualaikum. boleh x share pada saya kat mana admin jumpa cursor, visitors box and everything kat mana? Tolong saya, sbb sy ad project which is i have to create a blog for my final project. Harap dapat bantu saya. Emailkan pada saya ye :( keyrasyakeyra@gmail.com
ReplyDelete