MODEL PENGURUSAN KELOMPOK KOUNIN
- Pengenalan
๐ Jacob Kounin(1971) seorang pakar psikologi dari Wayne University
๐ Fokus kajiannya terhadap cara pengurusan bilik darjah dan pengurusan pengajaran dan pembelajaran.
๐ Asas keberkesanan model ini bergantung kepada pengawasan dan penyeliaan teliti guru.
๐ Kounin telah mengesyorkan lima teknik pengurusan bilik darjah yang boleh diaplikasikan oleh guru bagi mengawal disiplin murid. Lima teknik tersebut adalah:
- Merangkumi semua (Withitness)⇒ Ia merujuk kepada kepekaan guru mengetahui apa yang sedang dilakukan oleh murid pada setiap masa. Dengan kepekaan ini guru dapat menjangka masalah yang akan timbul dan seterusnya menghalang masalah tersebut daripada menjadi lebih serius.
- Pertindanan (Overlapping)⇒ Pertindanan merujuk kepada keupayaan guru menangani lebih daripada satu situasi secara serentak. Contohnya, guru berupaya menulis di papan tulis sambil mengawasi murid yang berada di barisan belakang. Hal ini, akan menjadikan bilik darjah berada di dalam keadaan yang terkawal.
- Momentum (Momentum)⇒ Ia merujuk kepada kebolehan guru untuk meneruskan pengajaran dengan lancar dan cekap melakukan peralihan sesuatu aktiviti. Hal ini akan membantu murid bersedia melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
- Kelancaran (Smoothness) ⇒Bagi memastikan kelancaran pelaksanaan aktiviti bilik darjah, guru perlulah mengelakkan penerangan yang meleret, mengulangi perkara yang tidak perlu dan melakukan fragmentasi. Hal ini, perlu dilakukan supaya peralihan dua aktiviti dalam pembelajaran menjadi lebih licin.
- Kepekaan kelompok (Group Focus)⇒Kebolehan ini diperlukan bagi mengekalkan penglibatan aktif murid dan mewujudkan minat mereka. Perkara ini dapat dilakukan apabila guru berupaya mengemukan soalan yang boleh mencetuskan minat dan sifat ingin tahu murid.
- Menurut kajian Kounin :
๐Teguran dan tindakan guru terhadap seseorang murid yang melakukan kesalahan akan memberi kesan kepada murid yang lain. Kesan ini dipanggil sebagai kesan gelombang (Ripple Effect). Kesan gelombang secara aktif mempunyai 3 ciri:
- Jelas
- Tegas
- Serius
- Jelas
- Teguran yang diberikan mestilah jelas
- Guru perlu menyatakan secara spesifik tingkah laku yang hendak dibetulkan
- Elak memberi teguran secara umum
- Berikan teguran secara spesifik
- Buat teguran yang memberi akibat melakukan salah laku
contoh situasi guru memberi arahan yang jelas |
contoh situasi guru memberi arahan yang tidak jelas |
- Memberi arahan dengan tegas dan bernada serius
- Nada dan tonasi suara guru perlu tegas dan keras
- Mimik muka guru juga perlu serius
- Pelakuan nonverbal ini akan membantu teguran atau tindakan lebih berkesan
- Cara Membuat Teguran
- Harus mengawasi persekitaran setiap masa
- Pilih masa yang sesuai untuk membuat teguran
- Teguran dibuat dengan tegas, jelas dan serius
- Jangan melengah-lengahkan teguran
- Teguran perlu dilakukan sebaik sahaja tingkah laku sedang dilakukan
- Sebab dan Akibat Ketidaklancaran p&p
- Aktiviti pengajaran dan pembelajaran tidak lancar, tertangguh dan arahan tidak jelas.
- Aktiviti pengajaran dan pembelajaran tidak menarik menyumbang kepada keberangkalian salah laku, murid akan bosan, tidak beri perhatian, tidak faham dan tiada motivasi untuk belajar.
- Menyampaian pengajaran dan penerangan meleret dan fragmentasi
- Ulang perkara yang sudah lama murid fahami
- Strategi Menarik Perhatian
- Guru mendapatkan perhatian sepenuhnya daripada murid sebelum memberi arahan dan membuat penerangan. Kemudian guru melibatkan murid dengan aktif dalam aktiviti-aktiviti berpusatkan murid.
- Selalu memanggil murid untuk memberi maklum balas, membuat demonstrasi atau memberi penerangan.
- Kesimpulan
๐Dalam keadaan yang sebenar, murid masih melakukan tingkah laku yang salah walaupun diawasi oleh guru dengan cara yang paling baik.
0 comments:
Post a Comment