Sains adalah apa yang dilakukan oleh kanak-kanak setiap hari apabila mereka menanya soalan, memerhati serangga, membuat ketulan ais, menunggang basikal, mengasah pensel ataupun memasang lampu. (Kilmer & Hofman, 1995,p.43) Kanak-kanak pada umumnya memang bersifat inskuisitif atau ingin tahu. Ini dicerminkan melalui soalan-soalan yang kerap kali ditanya dengan tujuan mendapat penjelasan dan kefahaman berhubung sesuatu yang menarik perhatian mereka.
Kemahiran Proses Sains
Kemahiran proses sains adalah kemahiran yang digunakan oleh para saintis bagi mengkaji fenomena dan menyelesaikan masalah. Proses ini meliputi kaedah atau cara mencari penerangan yang rasional berhubung fenomena dalam alam semula jadi. Proses sains, mengikut Gagne (1963) adalah asas inkuiri saintifik. Ia adalah kemahiran intelektual yang diitlakkan dan perlu bagi mempelajari konsep dan prinsip yang digunakan bagi membuat inferens secara induktif. Kemahiran ini adalah progresif dan berhierarki, setiap satu menjadi landasan kepada kemahiran berikutnya dan saling bertindih. Keupayaan menggunakan setiap proses sains peringkat tinggi bergantung pada kemampuan menguasai kemahiran proses sains yang lebih mudah.
Ciri-ciri utama bagi proses sains:
- Setiap proses sains adalah tingkah laku yang dapat dipelajari dan kuasai kanak-kanak
- Setiap proses melibatkan kemahiran intelek spesifik dan boleh digunakan bagi memahami fenomena
- Proses sains dapat gunakan dalam mempelajari isi kandungan sains dan menyumbang ke arah pembangunan pemikiran rasional
Pengalaman awal kanak-kanak dalam sains perlu diberi dalam bentuk yang membolehkan mereka terlibat secara aktif dalam pembinaan idea dan penguasaan kemahiran proses sains.
Aktiviti
amali
|
Kemahiran
Proses Sains
|
Memerhati
|
Menggunakan deria penglihatan,
pendengaran, sentuhan, rasa atau bau untuk mengumpulkan maklumat tentang
objek dan fenomena.
|
Mengelas
|
Mengasingkan dan mengumpulkan
objek atau fenomena kepada kumpulan masing-masing berdasarkan kriteria tertentu
seperti ciri atau sifat. Pengumpulan ini adalah berdasarkan ciri atau sifat
sepunya.
|
Mengukur & Menggunakan Nombor
|
Membuat pemerhatian secara
kuantitatif dengan menggunakan nombor dan alat berunit piawai atau alat yang
diseragamkan sebagai unit rujukan. Pengukuran menjadikan pemerhatian lebih
jitu.
|
Membuat Inferens
|
Membuat kesimpulan awal yang
munasabah, yang mengkin benar atau tidak benar untuk menerangkan sesuatu
peristiwa atau pemerhatian.
|
Ramalan
|
Membuat jangkaan tentang
sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman yang lalu atau data
yang boleh dipercayai.
|
Berkomunikasi
|
Menerima, memilih, menyusun dan
mempersembahkan maklumat atau idea dalam pelbagai bentuk seperti tulisan,
lisan, jadual, graf, rajah atau model.
|
Mengajar Proses Sains
Pengalaman sains pada peringkat prasekolah biasanya menekankan kemahiran proses asas. Guru-guru sememangnya menggunakan pendekatan proses dalam pengajaran tanpa mereka sedari. Pendekatan pengajaran kemahiran proses sains memberi penekanan ke atas kaedah saintifik. Andaian yang dibuat adalah melalui pemerhatian alam sekeliling dan segala yang terkandung dalamnya, kanak-kanak mempu meneroka dan menjalankan penyiasatan bagi membolehkan mereka membuat penemuan pengetahuan saintifik.
Antara aktiviti yang dapat mempertingkatkan penguasaan kemahiran proses asas:
π Permainan air
π Permainan pasir
π Bahan-bahan sentuhan
π Aktiviti pendengaran
π Manik-manik berwarna
π Aktiviti rasa dan bau
0 comments:
Post a Comment