Wednesday, October 31, 2018

Penggunaan Komputer Di Peringkat Awal Kanak-Kanak


Penggunan komputer boleh didedahkan kepada kanak-kanak daripada kecil lagi. Terdapat bukti penyelidikan yang menunjukkan kanak-kanak berumur dua tahun boleh mula didedahkan kepada komputer (Rohani,Sin,Cheah & Rosazizi, 2003; Webb dan Rowe, 1995). Menurut Dodge dan Colker (1988) pula, penggunaan komputer di kalangan kanak-kanak berkembang mengikut peringkat. Ia mempunyai tiga peringkat, iaitu :
  • ·         Permainan berfungsi
  • ·         Permainan sebab – musabab
  • ·         Permainan berperaturan

Permainan Berfungsi

            Pada peringkat ini, kanak-kanak memerlukan banyak bantuan orang dewasa ketika menggunakan komputer. Ketika ini, kanak-kanak suka meneroka, menguji dan mengenal ciri-ciri yang terdapat pada komputer. Semasa kanak-kanak berdepan dengan komputer, mereka akan tertarik dengan apa yang berlaku apabila mereka membuat sesuatu pada komputer. Mereka akan berpuas hati dengan tindak balas yang berlaku sekiranya bahagian daripada komputer disentuh.Pada peringkat ini, kanak-kanak boleh diajar mengenai bahagian komputer serta cara menggunakan komputer. Selain itu, meraka perlu diajar cara menggunakan komputer dengan betul dan selamat. Seterusnya, mereka boleh diajar bersabar menunggu ketika membuka komputer sehingga komputer sedia untuk digunakan. Selain itu, boleh diajar cara memegang disket / CD dan cara menyimpan disket / CD supaya tidak rosak.

Permainan Sebab-Musabab

            Pada peringkat ini, kanak-kanak semakin kreatif dan banyak berfikir ketika menggunakan komputer. Misalnya, apabila mereka hidupkan komputer, komputer akan mula dengan mengeluarkan pelbagai bunyi dan lampu, apabila mereka tekan pada papan kekunci komputer ataupun klik tetikus, sesuatu akan terpapar di skrin monitor. Pada peringkat ini juga, mereka boleh didedahkan kepada perisian yang dapat membantu mereka mengoperasi program.

Permainan Berperaturan

            Pada peringkat permainan ini, kanak-kanak sudah mahir mengawal fungsi bahagian komputer. Mereka juga dapat mengikut arahan, bertindak balas dan menyesuiakan penggunaan komputer mengikut keperluan perisian. Selain itu, mereka juga dapat menggunakan komputer sebagai alat permainan ataupun sumber maklumat.







0 comments:

Post a Comment