PENJAGAAN: adalah hasil perbuatan yang berkait dengan peranan “menjaga”yang dilakukan oleh penjaga.
ASUHAN : Mendidik, peliharaan, penjagaan, tunjuk ajar dan bimbingan
Perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak yang berkualiti bermula dari pemakanan yang sihat dan seimbang. Kaum ibu perlu mempunyai pengetahuan yang luas tentang penyedian pemakanan yang lengkap dan berkhasiat untuk anak-anak. pemakanan yang sihat adalah pemakanan yang mempunyai nutrisi yang lengkap dan seimbang.
Pemakanan ialah:
Sains menilai makanan termasuk berbagai-bagai kumpulan makanan, makanan berzat dan perseimbangan makanan.
Pengkajian untuk semua proses pertumbuhan, pengekalan dan membaiki kehidupan badan yang bergantung kepada penghadaman makanan dan pengkajian tentang makanan tersebut.
Piramid makanan
Pemakanan seimbang:
TASKA perlu menyediakan permakanan yang seimbanag, mengikut Garis Panduan Pemberian Makanan Bayi dan Kanak-kanak
- penyediaan makanan seimbang
- penyusuan susu ibu
Prinsip pemberian makanan
- Amalkan penyusuan susu ibu secara eksklusif dari lahir hingga anak berusia enam bulan. Makanan pelengkap perlu diberi mulai enam bulan (180 hari) – teruskan penyusuan susu ibu sehingga 2 tahun
- Tingkatkan amaun dan kekerapan pemberian makanan mengikut umur
- Pelbagaikan jenis makanan bagi penuhi keperluan nutrien
- Ubah tekstur dan cara penyediaan makanan mengikut perkembangan
- Pemberian makanan secara responsif dengan prinsip penjagaan psikososial
- Penyediaan, pengendalian dan penyimpanan makanan secara selamat
- Semasa sakit, berikan bayi dan kanak-kanak lebih air dan cecair lain. Beri hidangan yang kecil tetapi kerap
0 comments:
Post a Comment