Sunday, October 28, 2018

Pengenalan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Assalamualaikum semua !!
Definisi 

Teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) atau Information and Communication Technology (ICT) ia merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Tajuk ini merangkumi banyak aspek iaitu berkenaan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah, penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu. Apa pula yang dimaksudkan dengan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam proses pembelajaran dan pengajaran (P&P) ? Maksudnya adalah secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan dalam pembelajaran dan pengajaran (P&P).

Kepentingan TMK dalam P&P awal kanak-kanak
  • Dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran dalam proses P&P.
  • Proses P&P akan lebih menarik dan berkesan.
  • Mempelbagaikan proses P&P dan bukan hanya tertumpu pada pengkuliahan sahaja.
  • Kanak-kanak akan lebih menguasai teknologi-teknologi terkini
  • Memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua kanak-kanak yang pelbagai keupayaan.
  • Membantu kanak-kanak menjelajah dunia internet secara tidak langsung membantu perkembangan kognitif kanak-kanak.
  • Mereka dapat membuat projek kelas menggunakan komputer dengan bantuan internet.
  • Dapat membantu kanak-kanak untuk berinteraksi dengan kanak-kanak dari luar negara serta memperoleh maklumat dari seluruh dunia.
ICT / TMK sebagai alat rangsangan dalam P&P

Penggunaan komputer sebagai alat rangsangan pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam kelas adalah suatu inovasi baru dalam pendidikan awal kanak-kanak. Penggunaan komputer dalam proses P&P juga sememangnya menjadi salah satu agenda penting dalam sistem pendidikan kini bagi melahirkan generasi celik komputer. Melalui komputer, kanak-kanak mendapat pelbagai pengalaman dengan meneroka dan belajar melalui pelbagai perisian yang terdapat di pasaran masa kini. Selain itu, pembelajaran berbantu komputer dapat memenuhi keperluan kanak-kanak yang mempunyai stail pembelajaran dan kemahuan tersendiri. Melalui penggunaan komputer juga kanak-kanak diberi kebebasan membuat pilihan daripada segi jenis tahap pembelajaran yang mereka ingin ikuti. Mereka juga dapat meneruskan pembelajaran dengan lebih lanjut dan mendalam, bergantung pada reaksi mereka kepada sesuatu perisian komputer. Terdapat pelbagai perisian daripada website  yang boleh digunakan sebagai alat rangsangan kepada kanak-kanak. 

Antara perisian daripada website.




























0 comments:

Post a Comment