Friday, November 2, 2018

Teori-Teori Pembelajaran

Fahaman Konstruktivis
Pada suatu ketika dahulu pandangan yang berpengaruh dalam menjawab apakah realiti ataupun bagaimanakah seseorang itu mendapat makna adalah melalui apa yang disebut sebagai pandangan objektivis. Berdasarkan fahaman begini, pengajaran biasanya disampaikan dalam bentuk 'memberitahu' seperti mana dalam kelas, guru menyampaikan maklumat kepada murid dengan memberitahu itu dan ini.

Walau bagaimanapun, terdapat pandangan yang bertentangan iaitu pandangan yang mengatakan realiti itu dibina atau to construst sendiri oleh seseorang individu, ia lebih dikatakan sebagai realiti yang subjektif. Ternyata sekali apabila seseorang itu membina realitinya berdasarkan pemerhatian, corak penaakulan dan cara refleksinya tersendiri ini jauh berbeza dengan realiti yang dibina oleh individu lain.

Fahaman konstruktivis adalah pengetahuan tidak dapat dipindahkan ke dalam minda kanak-kanak secara total tetapi dapat mereka membina makna daripada perkataan ataupun imej visual yang mereka lihat ataupun dengar. Pembelajaran begini juga sangat bergantung pada perkaitan yang dapat dibuat dengan pengetahuan yang sedia ada ataupun pengalaman lepas pada murid itu.

Teori-teori Pembelajaran Konstruktivis

Vygotsky - Teori Perkembangan Sosial


Lev Vygotsky (1896-1934) adalah seorang ahli psikologi berbangsa Rusia dan bidang beliau adalah dalam kesusasteraan dan bahasa. Idea-idea beliau terutama sekali berkenaan pembelajaran dalam konteks sosial lewat diterima oleh ahli-ahli psikologi Barat kerana karyanya dalam bahasa Rusia menghadapi masalah alih bahasa. Oleh itu, teori ini tidak dapat disebarkan lebih awal lagi. Walau bagaimanapun, pengaruh beliau ke atas bidang psikologi di Amerika semakin meningkat dalam 20 tahun kebelakangan ini dan idea-ideanya banyak diasimilasikan oleh ahli-ahli psikologi pendidikan.

Menurut beliau, sebenarnya terdapat dua paras atau tahap perkembangan kognitif. Yang pertama adalah paras yang dicapai oleh seseorang apabila dia berfungsi secara bersendiri yang dinamakan perkembangan sebenar atau actual development dan paras yang lebih tinggi adalah paras yang seseorang itu berpotensi mencapai atau potential development apabila mendapat bimbingan daripada pihak yang lebih berkebolehan. Jarak di antara dua paras ini dikenali sebagai 'zone of proximal development'. (lihat rajah 1)

Rajah 1

Piaget - Teori Perkembangan Kognitif



Jean Piaget (1886-1980) seorang ahli psikologi berbangsa Swiss, mengkaji selama 60 tahun bagi melihat corak pemikiran dan penaakulan kanak-kanak. Latar belakang beliau dalam bidang Biologi dan falsafah banyak mempengaruhi pembentukan teori perkembangan kognitifnya.

Proses Perkembangan Kognitif

Terdapat 4 peringkat perkembangan kognitif:

UMUR
PERINGKAT

KETERANGAN

0-2 tahun
Sensorimotor
Menggunakan pancaindera seperti pendengaran, perhatian, dan aktiviti motor untuk meneroka

2-6 tahun
Praoperasi
Menggunakan symbol untuk mewakili pemahaman sendiri bagi sesuatu objek. Contoh, guna pen sebagai kapal terbang (imaginasi).

6-12 tahun
Operasi konkrit
Perkembangan dalaman mental seperti penambahan dan penolakan. Kanak-kanak boleh melakukan operasi pada imej @ objek yang nyata dan konkrit.

12 tahun ke atas
Operasi formal
Memahami aspek yang abstrak dan logik. Mampu menyusun idea secara sistematik dan menjangka akibat.




Ekuilibrasi melibatkan kedua-dua proses asimilasi dan akomodasi dan menerusi penyusunan semula kognisi berlaku.

Peringkat
Jarak Umur
Ciri-ciri
Cara Mengasuh Perkembangan
Sensorimotor
0-2 tahun
Pemikiran berdasarkan input sensori
Memberi peluang berinteraksi dengan persekitaran

Praoperasi
2-7 tahun
Penggunaan symbol dan bahasa berkembang/ laku lebih dibimbing oleh intuisi daripada logik pemikiran masih egosentrik

Penggunaan symbol dan bahasa
Operasi Konkrit
7-11 tahun
Bergantung pada benda yang wujud dan konkrit dalam menyelesaikan masalah pemikiran kurang egosentrik berupaya menyelesaikan tugas, mengelas dan pengabadian





Pengalaman ‘hands-on’
Operasi Formal
11- dewasa
Pemikiran logik dan abstrak berkembang boleh menilai pemikiran sendiri

Penyelesaian masalah yang melibatkan penggunaan kemahiran penaakulan formal




Bruner


Peringkat Perkembangan kognitif:

Enaktif (0-2 tahun)

Ikonik (2-4 tahun)

Simbolik (5-7 tahun)

        Guna deria motor & deria yang lain untuk meninjau & memahami persekitaran

        Pembelajaran berdasarkan pergerakan anggota kanak-kanak

        Pembelajaran kanak-kanak menggunakan otak untuk berfikir

        Menggambarkan imej dalam fikiran mereka

        Kanak-kanak boleh berfikir menggunakan bahasa

        Penggunaan konsep dan Bahasa berkembang

        Boleh memanipulasi simbol



Brunner (1966) menyatakan teori pengajaran mesti memberi pertimbangan kepada 4 aspek yang utama, iaitu: 


  • Pengajaran mesti mengambil berat berkenaan pengalaman dan konteks yang menyebabkan murid itu rela serta bersedia belajar
  • Cara-cara bagaimana bahan pengetahuan distrukturkan supaya mudah bagi murid mendekati serta memperolehnya
  • Cara-cara bagaimana isi pelajaran disusun dengan jujukan yang paling berkesan semasa persembahan
  • Ciri-ciri serta kadar pemberian ganjaran dan hukuman

0 comments:

Post a Comment