Tuesday, December 11, 2018

Aktiviti di Tadika

Hai, Assalamualaikum semua, terimalah salam dari admin ❤

Hari ini, admin rasa tertarik untuk berkongsi perjalanan pengajaran eksperimen sains sajli buatan yang admin jalankan di sebuah tadika. Hasilnya sangat mengujakan dan menyeronokkan. Jadi, bolehlah anda mengajak anak-anak anda atau keluarga anda membuat salji buatan. hehe

Eksperimen Salji Buatan



Bahan-bahan yang diperlukan:
-kapas hidro-gel
-air
-mangkuk polisterin

Cara-cara buat eksperimen:
1. Kapas hidro-gel diletakkan di dalam mangkuk polisterin. Anda bebas meletakkan seberapa banyak      kapas hidro-gel yang diinginkan.
2. Kemudian, air diletakkan ke dalam mangkuk polisterin yang berisi hidro-gel itu tadi secukupnya. 
3. Gaulkan ia sehingga sebati.

Mudahkan πŸ˜‰




Gambar ini adalah ketika admin ingin membuat salji buatan bersama pelajar admin. Pelajar admin semuanya lelaki. Nasib baik mereka semuanya ni dengar kata dan aktiviti dapat berjalan denga baik. Hehe.. Masa ni, semua kanak-kanak seronok dan teruja kerana dapat buat salji sendiri.





Ni gambar ketika kanak-kanak teruja dapat buat orang salji. Cantik kan orang salji kanak-kanak ni buat? 😊 Selepas eksperimen selesai, pelajar admin masih mahu membuat salji. Betapa seronoknya mereka kerana dapat membuat salji buatan sendiri sekaligus membina orang salji yang comel. Haha

Itu sahaja yang dapat admin kongsikan. Selamat mencuba. 😁


0 comments:

Post a Comment