Wednesday, December 5, 2018

Pembelajaran ICT Mengikut Tunjang KSPK


Tunjang dalam KSPK


1     1) Tunjang Keterampilan Diri 

·         Memupuk semangat kerjasama apabila aktiviti dijalankan secara berpasangan atau berkumpulan.
·         Memupuk sifat tanggungjawab pada tugas yang diberi.
·         Berasa seronok dan bangga dengan hasil kerja yang dilakukan.

     2)  Tunjang Fizikal & Estetika

            Perkembangan Fizikal
·       Membentuk kemahiran motor halus kanak-kanak melalui aktiviti memasukkan cakera ataupun disket ke dalam pemacu ataupun menekan butang tetikus dan menggunakan papan kekunci.
·       Meningkatkan koordinasi mata dan tangan apabila kanak-kanak membawa kursor ke tempat yang dipilih di atas skrin.
·       Membaiki kemahiran penglihatan apabila kanak-kanak mengesan pergerakan kursor di atas skrin.

Perkembangan Kognitif
·       Mengenal pasti dan mengasingkan objek mengikut ciri-ciri seperti warna, bentuk dan saiz melalui program pengasingan.
·       Menyusun dan mengatur mengikut saiz dan corak.
·       Membentuk kemahiran awal bacaan seperti mengaitkan label perkataan dengan gambar.
·       Memahami kesan dan akibat seperti, apa akan terjadi apabila kekunci ditekan dan maklum balas yang berlaku sepanjang program.
·       Memperluas kreativiti seperti menjalankan program yang menggalakkan penerokaan ataupun program membentuk grafik yang mudah.

      3)   Tunjang Komunikasi

·         Kaedah demonstrasi atau simulasi ini merupakan kaedah yang digunakan bagi pendekatan penggunaan komputer sebagai bahan pengajaran.
·         Model ini digunakan untuk menerangkan sesuatu konsep atau sesuatu masalah yang cuba diselesaikan. Antaranya ialah penerangan tentang konsep-konsep matematik dan juga bahasa. Menurut Laurillard (1993) di dalam Munir & Halimah Badioze Zaman (1999) mengatakan model simulasi atau demonstrasi boleh digunakan dalam program komputer, hal ini kerana program komputer menyediakan kemudahan tindak balas terhadap apa-apa makluman.
·         Sebagai contoh, pelajaran membaca boleh diwujudkan dengan modifikasi unsur-unsur yang ada dalam penggunaan komputer. Seperti menjadikan teks berklip, memasuki intonasi suara yang sesuai dan serasi serta menjadikan gambar animasi yang dapat menarik minat kanak-kanak untuk meniru dan menyebut perkataan yang tertera di komputer.
·         Oleh hal yang demikian, di dalam penerapan pendidikan kepada kanak-kanak, kaedah demonstrasi atau simulasi ini amat penting bagi pembelajaran bahasa dan literasi kanak-kanak melalui kaedah pendekatan komputer.

    4)  Tunjang Sains & Teknologi

            Perkembangan Awal Sains
·         Awal sains menyediakan peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka alam sekitar mereka menggunakan organ deria dan peralatan mudah.
·         Dalam proses penerokaan ini, sikap saintifik yang positif seperti sifat ingin tahu, sistematik dan teliti akan terbentuk. Semasa proses penerokaan ini, kemahiran asas proses sains seperti kemahiran memerhati, mengukur menggunakan unit bukan piawai, membanding dan mengelas juga akan dikembangkan. Penerokaan dijalankan ke atas alam kehidupan  (contoh : tumbuhan, haiwan), alam bahan (contoh: objek yang tenggelam dan timbul, air, magnet) dan alam fzikal (contoh : pelangi, cuaca). Tunjang ini lebih mementingkan pengusaan kemahiran daripada pemerolehan pengetahuan. Guru perlu bersikap terbuka terhadap pandangan dan dapatan daripada hasil penerokaan murid.
·         Ia juga menyediakan peluang kepada kanak-kanak empat hingga enam tahun untuk membuat pembinaan menggunakan objek seperti blok. Aktiviti pembinaan ini bukan sahaja memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mempelajari konsep penghubung, lingkungan serta awal matematik tetapi untuk meningkatkan daya kreativiti murid dan kemahiran motor halus.

Perkembangan Awal Matematik
·         Awal Matematik membekalkan pengalaman awal matematik kepada kanak-kanak. Pengalaman ini termasuk konsep pranombor, nombor, operasi nombor yang mudah, nilai wang, konsep waktu, bentuk dan ruang. Konsep matematik ini dipelajari pada masa yang khas dan juga disepadukan ke dalam semua aktiviti pembelajaran bertema menggunakan keadah yang menyeronokkan.
·         Ia juga menyediakan peluang kepada kanak-kanak menggunakan komputer untuk melakukan tugasan tertentu. Penggunaan komputer adalah di tahap kemahiran asas sahaja.

     5)  Tunjang Kemanusiaan

·         Tunjang kemanusiaan memberi peluang kepada kanak-kanak supaya lebih memahami diri sendiri, lebih memahami penghubungan antara diri dengan keluarga, rakan, komuniti dan alam sekitar.
·         Kanak-kanak juga akan lebih memahami tanggungjawab diri dalam perhubungan-perhubungan ini.
·         Tunjang ini juga memberi  penekanan kepada pemahaman budaya dan tradisi pelbagai kaum di Malaysia serta menggalakkan penglibatan dalam perayaan pelbagai kaum ini.
·         Tunjang kemanusiaan menggariskan skop dan konteks pembelajaran di prasekolah. Kandungan dalam tunjang ini boleh digunakan untuk membina tema-tema pembelajaran.

     6) Tunjang Kerohanian, Sikap & Nilai

            Perkembangan Pendidikan Islam
·         Pendidikan Islam memberi  pengetahuan dan kemahiran asas tentang Rukun Iman, Rukun Islam, Sirah Rasulullah dan kalimah Syahadah. Kanak-kanak prasekolah belajar bersuci, berwuduk, melakukan pergerakan solat, mencontohi beberapa akhlak Rasulullah dan melakukan amalan seharaian mengikut adab. 
·         Kanak-kanak ini juga mengenal asas bahasa Al Quran, huruf  hijaiyah dan jawi serta menghafaz beberapa surah pendek dan doa pilihan. Pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam dijalankan melalui aktiviti seperti bercerita, simulasi, menyanyi, bernasyid, aktiviti hands-on, meneroka dan bermain.

            Perkembangan Pendidikan Moral
·         Pendidikan  Moral  prasekolah memberi fokus kepada perlakuan moral yang dipupuk secara berterusan sepanjang masa kanak-kanak berada di prasekolah. Pendidikan Moral tidak dijalankan melalui aktiviti  yang spesifik tetapi diterapkan melalui semua aktiviti yang dijalankan dalam prasekolah.
·         Nilai-nilai murni Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan adalah seperti berikut : kepercayaan kepada Tuhan, baik hati, bertanggungjawab, keberanian, kejujuran, kerajinan, kerjasama, kesederhanaan, toleransi, berdikari dan berdisiplin.




0 comments:

Post a Comment