- Deskriptif
- Empirikal-abduktif
- Hipotetikal-deduktif
Kitar Pembelajaran 4 Fasa
- fasa penerokaan
- fasa penjelasan
- fasa memperluas
- fasa penilaian (lihat rajah 1.1)
Rajah 1.1 Kitar Pembelajaran 4 Fasa |
Fasa Penerokaan
Fasa pertama ini adalah fasa yang berorientasikan pelajar. Bagi merangsang ketidakseimbangan pelajar dan juga pengasuhan asimilasi mental, pelajar berinteraksi secara aktif dengan bahan pembelajaran dan juga rakan-rakan. Pada fasa ini, guru tidak memainkan peranan utama tetapi mencerap tingkah laku pelajar semasa mereka menjalankan aktiviti.
Fasa Penjelasan
Fasa kedua adalah kurang berorientasikan pelajar apabila dibandingkan dengan fasa penerokaan. Fasa ini membenarkan guru membincangkan maklumat yang diperoleh semasa fasa pertama serta membantu kanak-kanak merekodkan maklumat itu. Guru menjelaskan dan cuba menambah maklumat yang pelajar sendiri temui dengan menggunakan beberapa cara seperti penjelasan terus, bahan bercetak, filem, video dan daripada sumber-sumber lain. Perkara yang penting dalam bagi guru dalam fasa ini adalah membimbing pemikiran pelajar supaya konsep yang hendak dikemukakan adalah dibina secara bekerjasama dan bukan secara diarah, diberi ataupun diajar secara pasif.
Fasa Perluasan
Fasa ini seperti mana fasa pertama mestilah dijalankan berorientasikan pelajar serta menggalakkan bekerjasama dalam kumpulan kecil. Tujuan utama fasa ini adalah membantu pelajar menyusun pengalaman mereka secara mental melalui perkaitan dengan pengalaman lampau yang agak sama dan dengan itu mencari jalan mengaplikasikan apa yang berjaya diperoleh pada situasi-situasi berbeza.
Fasa Penilaian
Kitar pembelajaran melibatkan beberapa fasa di mana proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Perkara ini bermakna pembelajaran berlaku dalam peningkatan yang sedikit demi sedikit dan bukan dalam satu lompatan yang besar. Beberapa jenis ukuran diperlukan bagi membina suatu penilaian holistik yang mampu mengenal pasti pembelajaran yang sudah berlaku serta merangsang pembinaan konsep secara mental dan juga kemahiran proses sains.
Kelebihan Kitar Pembelajaran
- pandangan kanak-kanak tentang kejadian-kejadian yang berlaku dalam alam tabii adalah berbeza daripada pandangan orang dewasa
- persepsi kanak-kanak timbul daripada perspektif serta pengalaman mereka sendiri
- miskonsepsi ataupun konsepsi alternatif terbentuk dan menjadi halangan pembentukan konsep yang betul
- melibatkan regulasi-kendiri iaitu proses mental secara aktif
- ketika kanak-kanak membesar, mereka membina konsep-konsep kecil dan menyimpannya dalam bentuk satu struktur kognitif dalam minda mereka
0 comments:
Post a Comment