|
Tunjang dalam KSPK |
1 1) Tunjang Keterampilan Diri
·
Memupuk semangat kerjasama apabila aktiviti dijalankan
secara berpasangan atau berkumpulan.
·
Memupuk sifat tanggungjawab pada tugas yang diberi.
·
Berasa seronok dan bangga dengan hasil kerja yang
dilakukan.
2) Tunjang Fizikal & Estetika
Perkembangan
Fizikal
·
Membentuk kemahiran motor halus kanak-kanak melalui
aktiviti memasukkan cakera ataupun disket ke dalam pemacu ataupun menekan
butang tetikus dan menggunakan papan kekunci.
·
Meningkatkan koordinasi mata dan tangan apabila
kanak-kanak membawa kursor ke tempat yang dipilih di atas skrin.
·
Membaiki kemahiran penglihatan apabila kanak-kanak
mengesan pergerakan kursor di atas skrin.
Perkembangan
Kognitif
·
Mengenal pasti dan mengasingkan objek mengikut
ciri-ciri seperti warna, bentuk dan saiz melalui program pengasingan.
·
Menyusun dan mengatur mengikut saiz dan corak.
·
Membentuk kemahiran awal bacaan seperti mengaitkan
label perkataan dengan gambar.
·
Memahami kesan dan akibat seperti, apa akan terjadi
apabila kekunci ditekan dan maklum balas yang berlaku sepanjang program.
·
Memperluas kreativiti seperti menjalankan program yang
menggalakkan penerokaan ataupun program membentuk grafik yang mudah.
3) Tunjang Komunikasi
·
Kaedah demonstrasi atau simulasi ini merupakan kaedah
yang digunakan bagi pendekatan penggunaan komputer sebagai bahan pengajaran.
·
Model ini digunakan untuk menerangkan sesuatu konsep
atau sesuatu masalah yang cuba diselesaikan. Antaranya ialah penerangan tentang
konsep-konsep matematik dan juga bahasa. Menurut Laurillard (1993) di dalam
Munir & Halimah Badioze Zaman (1999) mengatakan model simulasi atau
demonstrasi boleh digunakan dalam program komputer, hal ini kerana program
komputer menyediakan kemudahan tindak balas terhadap apa-apa makluman.
·
Sebagai contoh, pelajaran membaca boleh diwujudkan
dengan modifikasi unsur-unsur yang ada dalam penggunaan komputer. Seperti
menjadikan teks berklip, memasuki intonasi suara yang sesuai dan serasi serta
menjadikan gambar animasi yang dapat menarik minat kanak-kanak untuk meniru dan
menyebut perkataan yang tertera di komputer.
·
Oleh hal yang demikian, di dalam penerapan pendidikan
kepada kanak-kanak, kaedah demonstrasi atau simulasi ini amat penting bagi
pembelajaran bahasa dan literasi kanak-kanak melalui kaedah pendekatan
komputer.
4) Tunjang Sains & Teknologi
Perkembangan Awal Sains
·
Awal sains menyediakan peluang kepada kanak-kanak
untuk meneroka alam sekitar mereka menggunakan organ deria dan peralatan mudah.
·
Dalam proses penerokaan ini, sikap saintifik yang
positif seperti sifat ingin tahu, sistematik dan teliti akan terbentuk. Semasa
proses penerokaan ini, kemahiran asas proses sains seperti kemahiran memerhati,
mengukur menggunakan unit bukan piawai, membanding dan mengelas juga akan dikembangkan.
Penerokaan dijalankan ke atas alam kehidupan (contoh : tumbuhan,
haiwan), alam bahan (contoh: objek yang tenggelam dan timbul, air, magnet) dan
alam fzikal (contoh : pelangi, cuaca). Tunjang ini lebih mementingkan pengusaan
kemahiran daripada pemerolehan pengetahuan. Guru perlu bersikap terbuka
terhadap pandangan dan dapatan daripada hasil penerokaan murid.
·
Ia juga menyediakan peluang kepada kanak-kanak empat
hingga enam tahun untuk membuat pembinaan menggunakan objek seperti blok.
Aktiviti pembinaan ini bukan sahaja memberi peluang kepada kanak-kanak untuk
mempelajari konsep penghubung, lingkungan serta awal matematik tetapi untuk
meningkatkan daya kreativiti murid dan kemahiran motor halus.
Perkembangan Awal Matematik
·
Awal Matematik membekalkan pengalaman awal matematik
kepada kanak-kanak. Pengalaman ini termasuk konsep pranombor, nombor, operasi
nombor yang mudah, nilai wang, konsep waktu, bentuk dan ruang. Konsep matematik
ini dipelajari pada masa yang khas dan juga disepadukan ke dalam semua aktiviti
pembelajaran bertema menggunakan keadah yang menyeronokkan.
·
Ia juga menyediakan peluang kepada kanak-kanak
menggunakan komputer untuk melakukan tugasan tertentu. Penggunaan komputer
adalah di tahap kemahiran asas sahaja.
5) Tunjang Kemanusiaan
·
Tunjang kemanusiaan memberi peluang kepada kanak-kanak
supaya lebih memahami diri sendiri, lebih memahami penghubungan antara diri
dengan keluarga, rakan, komuniti dan alam sekitar.
·
Kanak-kanak juga akan lebih memahami tanggungjawab
diri dalam perhubungan-perhubungan ini.
·
Tunjang ini juga memberi penekanan kepada
pemahaman budaya dan tradisi pelbagai kaum di Malaysia serta menggalakkan
penglibatan dalam perayaan pelbagai kaum ini.
·
Tunjang kemanusiaan menggariskan skop dan konteks
pembelajaran di prasekolah. Kandungan dalam tunjang ini boleh digunakan untuk
membina tema-tema pembelajaran.
6) Tunjang Kerohanian, Sikap & Nilai
Perkembangan Pendidikan Islam
·
Pendidikan Islam memberi pengetahuan dan
kemahiran asas tentang Rukun Iman, Rukun Islam, Sirah Rasulullah dan kalimah
Syahadah. Kanak-kanak prasekolah belajar bersuci, berwuduk, melakukan
pergerakan solat, mencontohi beberapa akhlak Rasulullah dan melakukan amalan
seharaian mengikut adab.
·
Kanak-kanak ini juga mengenal asas bahasa Al Quran,
huruf hijaiyah dan jawi serta menghafaz beberapa surah pendek dan
doa pilihan. Pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam dijalankan melalui
aktiviti seperti bercerita, simulasi, menyanyi, bernasyid, aktiviti hands-on,
meneroka dan bermain.
Perkembangan Pendidikan Moral
·
Pendidikan Moral prasekolah
memberi fokus kepada perlakuan moral yang dipupuk secara berterusan sepanjang
masa kanak-kanak berada di prasekolah. Pendidikan Moral tidak dijalankan
melalui aktiviti yang spesifik tetapi diterapkan melalui semua
aktiviti yang dijalankan dalam prasekolah.
·
Nilai-nilai murni Kurikulum Standard
Prasekolah Kebangsaan adalah seperti berikut : kepercayaan kepada Tuhan,
baik hati, bertanggungjawab, keberanian, kejujuran, kerajinan, kerjasama,
kesederhanaan, toleransi, berdikari dan berdisiplin.