Wednesday, November 7, 2018

Ciri-ciri Pemilihan Bahan




Ketika memilih perisian komputer, ciri-ciri perisian komputer yang perlu diambil kira ketika memilih perisian untuk kanak-kanak peringkat awal ialah :
  • ·         Kesesuaian umur dengan kemahiran yang diprogramkan dalam perisian komputer

Perisian yang menyatakan umur kanak-kanak harus disiasat dengan teliti. Pastikan ia mempunyai pelbagai tahap supaya kanak-kanak dapat memilih tahap yang lebih rendah sekiranya mereka kurang mahir dan memilih tahap yang lebih tinggi apabila kemahiran sudah meningkat. Perisian yang hanya satu tahap cepat membosankan kanak-kanak. Walaupun umur yang dinyatakan sesuai, mungkin perisian itu terlalu mudah ataupun terlalu sukar padanya. Kedua-dua keadaan dapat menghilangkan minat kanak-kanak terhadapnya.

  • ·       Kawalan kanak-kanak

Programnya menggalakkan kanak-kanak memilih program dan aktiviti yang diminati serta dapat meneroka dengan bebas. Kanak-kanak dapat menamatkan penggunaannya atau menukar aktiviti pada bila-bila masa, tanpa menunggu sehingga satu aktiviti tamat.
  • ·         Terbuka

Perisian komputer yang baik secara aktif menggalakkan kanak-kanak meneroka. Tujuan permainan menggunakan komputer sepatutnya belajar melalui proses daripada hasil akhir dan jawapan yang betul. Ia juga membenarkan kanak-kanak kreatif dan dapat menyelesaikan masalah.
  • ·         Rentak / pergerakan

Rentak dan pergerakan dalam sesuatu perisian hendaklah dapat dikawal oleh kanak-kanak mengikut kebolehan kanak-kanak. Perisian yang sesuai memberi pilihan untuk kanak-kanak memilih sama ada pergerakannya laju atau perlahan. Kanak-kanak yang lebih muda suka program yang tidak bergerak pantas kerana kemahiran motor mereka masih rendah. Perisian yang bergerak terlalu pantas menakutkan mereka. Kanak-kanak di peringkat prasekolah dan sekolah mungkin lebih suka kepada perisian komputer yang bergerak pantas untuk mengelakkan mereka jemu menunggu arahan yang seterusnya. 
  • ·         Perwakilan objek konkrit dan menarik

Perisian komputer yang menggunakan ikon bergambar yang jelas dan mudah difahami oleh kanak-kanak. Ikon tersebut hendaklah dapat memberi maklumat dan arahan yang senang difahami oleh kanak-kanak dan sesuai dengan peringkat kognitif kanak-kanak. Dengan adanya ikon tersebut ia dapat :

      Membantu kanak-kanak berfikir secara konkrit dan dapat membuat aktiviti secara perseorangan.
      Ikon dalam perisian komputer untuk kanak-kanak juga hendaklah berwarna asas seperti merah, biru atau hijau primer dan berbentuk mudah. Pergerakan atau animasi watak, gambar dan perkataan juga dapat menambah tarikan sesuatu perisian kepada kanak-kanak.

  • Bunyi yang menarik
Pergerakan yang diiringi dengan bunyi yang menarik. Sekiranya bunyi tersebut suara, pilih perisian yang mengandungi suara yang jelas, semula jadi dan perkataan senang difahami. Sekiranya bunyi berbentuk muzik, pilih perisian yang mengandungi muzik yang mudah dan ceria.
  • ·         Fleksibel

Program yang baik memberi ruang kepada kanak-kanak belajar dengan pelbagai stail pembelajaran. Perisian komputer yang baik mempunyai beberapa tahap kerumitan, bagi menyesuaikan matlamat guru dan kebolehan kanak-kanak.
  • ·         Maklum balas

Perisian yang berkesan hendaklah memberi maklum balas terhadap tindakan yang dilakukan oleh kanak-kanak. Maklum balas mungkin merupakan yang positif (bila berjaya) ataupun neutral (seperti ''cuba lagi''). Yang penting, maklum balas tersebut memberi panduan yang membantu kanak-kanak mengambil tindakan yang seterusnya dan membolehkan kanak-kanak meningkatkan kemahirannya.
  • ·         Penguasaan pengendalian

Perisian komputer yang berkesan untuk pembelajaran kanak-kanak membolehkan mereka mengendalikannya tanpa banyak bantuan ataupun penyeliaan daripada orang dewasa dengan jayanya.







0 comments:

Post a Comment